Harian Metro

25 kambing rentung

Penternak reda tanggung rugi RM40,000 kandang dijilat api

- Oleh Zuhainy Zulkiffli am@hmetro.com.my

Seorang penternak reda apabila 25 kambingnya rentung dalam kebakaran kandang di Jalan Permatang Kerai Besar di sini, malam kelmarin.

Kebakaran yang disedariny­a pada jam 10 malam itu membabitka­n semua kambing yang akan dijual bagi tujuan ibadah korban dan aqiqah.

Penternak berkenaan, Talib Mat Sa’ad, 65, berkata, dia sudah mengusahak­an ternakan itu sejak tujuh tahun lalu.

Menurutnya, kandang itu terletak kira-kira 100 meter dari rumah saya namun tidak menyedari ketika kebakaran berlaku.

“Disebabkan itu, saya gagal menyelamat­kan semua 25 kambing berkenaan termasuk dua kambing jantan yang baru dibeli,” katanya di sini, semalam.

Menurutnya, sudah menjadi kebiasaann­ya membakar najis kambing di bahagian bawah kandang terbabit.

“Kalau najis kambing sudah banyak, biasanya saya akan bakar dan ketika tinggalkan kandang saya dapati ia hanya tinggal bara. “Tidak sangka pula ia akan menjadi punca kepada kebakaran kandang terbabit. Nilai kerugian yang dialami dianggarka­n sebanyak RM40,000,” katanya. Jurucakap Pusat Gerakan Operasi (PGO) Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Pulau Pinang berkata, pihaknya menerima panggilan mengenai kejadian itu jam 10.18 malam.

Menurutnya, pegawai dan anggota dari Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Kepala Batas kemudianny­a digerakkan ke lokasi kejadian.

“Ketika tiba di lokasi, didapati kandang berkenaan sudah terbakar sebanyak 90 peratus dan strukturny­a yang diperbuat daripada kayu menyebabka­n api marak dengan cepat.

“Difahamkan oleh pemilik ternakan itu bahawa kejadian terbabit dipercayai berpunca daripada kerja pembakaran najis kambing yang dilakukann­ya pada petang semalam (kelmarin),” katanya ketika dihubungi.

Menurutnya, api berjaya dikawal jam 10.40 malam dan operasi tamat sepenuhnya jam 11.04 malam.

“Saya gagal menyelamat­kan semua 25 kambing berkenaan

Talib

 ??  ?? KANDANG kambing milik Talib yang terbakar menyebabka­n 25 ternakan yang dijual bagi tujuan korban dan aqiqah, rentung.
KANDANG kambing milik Talib yang terbakar menyebabka­n 25 ternakan yang dijual bagi tujuan korban dan aqiqah, rentung.
 ??  ??

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia