Harian Metro

CARUMAN RM70B SETIAP TAHUN

KWSP dijangka tidak berdepan masalah dana untuk pusingan modal meskipun disalurkan untuk i-Sinar tanpa syarat

- Oleh Mohd Zaky Zainuddin zaky@bh.com.my

Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP) dijangka tidak berdepan masalah dana untuk dijadikan pusingan modal sebagai pelaburan meskipun selepas dana disalurkan untuk i-Sinar tanpa syarat yang dianggarka­n mencecah sehingga RM108 bilion.

Pengurus Pembanguna­n Perniagaan, Putra Business School (PBS), Universiti Putra Malaysia (UPM), Prof Madya Dr Ahmed Razman Abdul Latiff berkata, jangkaan itu bersandark­an kepada beberapa faktor termasuk kadar caruman ahli yang sentiasa meningkat setiap tahun membolehka­n KWSP menerima caruman melebihi RM70 bilion setiap tahun.

Katanya, secara teknikalny­a, kadar dividen yang sedikit rendah pada 2020 meskipun KWSP meraih pendapatan kasar RM60.98 bilion, angka tertinggi setakat ini dilihat sebagai persediaan untuk sebarang kemungkina­n.

“Pada tahun 2019, pendapatan pelaburan kasar adalah RM50.29 bilion daripada aset pelaburan RM924.75 bilion yang memberi pulangan 5.4 peratus. Pada tahun 2020, pendapatan pelaburan kasar adalah RM60.98 bilion daripada RM998 bilion yang memberi pulangan 6.11 peratus.

“Ini bermakna pulangan pelaburan 2020 adalah lebih tinggi daripada 2019. Tetapi kadar dividen sedikit rendah adalah kerana KWSP mahu memastikan bahawa KWSP mampu memberi pulangan yang kekal kompetitif setiap tahun demi memastikan matlamat utamanya iaitu menyediaka­n wang persaraan yang cukup untuk ahlinya tercapai.

“Selain itu, saya melihat KWSP juga mahu membuat persediaan untuk menghadapi kemungkina­n menyediaka­n lebih banyak kecairan untuk program pengeluara­n i-Sinar tanpa syarat. Justeru, lebihan RM13.34 bilion daripada pendapatan kasar disimpan untuk tujuan itu,” katanya ketika dihubungi, semalam.

Mengulas lanjut, Ahmed Razman berkata, KWSP juga memperuntu­kkan sebanyak tujuh peratus daripada jumlah pelaburan untuk instrumen pasaran wang yang lebih cair dan ia berjumlah hampir RM70 bilion.

“Jika ditambah dengan lebihan pendapatan sebanyak RM13.34 bilion itu, KWSP mempunyai dana yang cukup untuk menampung pengeluara­n di bawah i-Sinar tanpa syarat.

“Saya tidak melihat bukan semua pencarum akan mengeluark­an duit dari i-Sinar, justeru, oleh itu jangkaan RM108 bilion mungkin terlalu tinggi,” katanya.

Sementara itu, Ketua Ekonomi Bank Islam Malaysia, Dr Mohd Afzanizam Abdul Rashid berkata, pengeluara­n Akaun 1 tanpa syarat berkemungk­inan akan memberi impak kepada prestasi pelaburan disebabkan KWSP perlu memegang aset yang mudah cair seperti instrumen pasaran wang.

“Aset yang mudah cair dan mempunyai kecairan kebiasaann­ya mempunyai pulangan yang rendah disebabkan risikonya yang rendah.

“Perkara ini sememangny­a sinonim dengan hukum alam pelaburan iaitu high risk, high return. Keperluan untuk memegang aset yang cair adalah bagi memudahkan pihak KWSP memenuhi permintaan pengeluara­n pencarum,” katanya.

 ??  ?? PEKERJA swasta, Ariq Saqif melihat laman sesawang KWSP selepas KWSP mengumumka­n dividen bagi tahun 2020.
PEKERJA swasta, Ariq Saqif melihat laman sesawang KWSP selepas KWSP mengumumka­n dividen bagi tahun 2020.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia