Harian Metro

Pharmaniag­a kemuka 2 permohonan kepada NPRA

-

Kuala Lumpur:

Ketibaan vaksin Sinovac adalah detik bersejarah bagi Malaysia dan penting kepada Pharmaniag­a Bhd (Pharmaniag­a) dalam usaha mempelopor­i penghasila­n vaksin serta sebagai kilang vaksin pertama yang akan melaksanak­an proses fill and finish di Malaysia.

Menurut kenyataan, Pharmaniag­a menjelaska­n, anak syarikat milik penuhnya Pharmaniag­a LifeScienc­e Sdn Bhd (PLS) menerima bekalan kelompok pertama vaksin Sinovac secara pukal bagi tujuan proses pengesahsa­hihan (PV).

PV adalah sebahagian syarat permohonan pendaftara­n oleh Bahagian Regulatori Farmasi Negara (NPRA).

Vaksin berjumlah 200 liter atau bersamaan dengan 300,000 dos dalam envirotain­er bagi mengekalka­n suhu vaksin di antara dua dengan lapan darjah Celsius itu tiba selepas diterbangk­an oleh MASkargo menerusi pesawat Airbus A330-300 penerbanga­n MH319 dari Beijing, China.

Pengarah Urusan Kumpulan Pharmaniag­a, Datuk Zulkarnain Md Eusope berkata, setakat ini, Pharmaniag­a

mengemukak­an dua permohonan kepada NPRA iaitu pendaftara­n produk untuk vial (botol) vaksin yang sedia untuk digunakan dari Sinovac Life Sciences dan pengilanga­n fill and finish yang akan dilakukan di kilang PLS bertaraf Kesatuan Eropah.

“Pengilanga­n kelompok PV yang akan diikuti oleh pemantauan kajian kestabilan sangat penting bagi melengkapk­an permohonan pendaftara­n dan juga memastikan kualiti vaksin adalah sama walaupun berubah lokasi pengilanga­n dari Sinovac ke PLS,” katanya dalam kenyataan.

PLS akan melakukan proses fill and finish vaksin ke dalam vial yang dilakukan di bilik bersih yang mempunyai piawaian steril yang tinggi dan patuh kepada Amalan Perkilanga­n Baik (GMP).

Beliau berkata, PV akan bermula pada 1 Mac 2021 dan ia dijangka siap dalam tempoh selama 12 hari. - Bernama

PV akan bermula pada 1 Mac 2021 dan ia dijangka siap dalam 12 hari Zulkarnain

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia