Harian Metro

Niaga secara berkumpula­n

Dmagia USE bantu pengguna jana pendapatan

-

Program ini juga menawarkan satu program latihan

(Dmagia Elite Club dan Dmagia Academy) dengan modul pengurusan perniagaan secara profesiona­l”

Nik Juzailah Juhari

Dmagia Sdn Bhd, syarikat tempatan yang membangunk­an dan memasarkan produk kesihatan akan memperkena­lkan program rakan niaga iaitu Dmagia USE dalam usaha membantu penggunany­a menjana pendapatan kedua.

Pengasas Dmagia, Nik Juzailah Juhari berkata, kempen ini memerlukan pengguna (USE) berkongsi manfaat produk dan peluang niaga (SHARE) kepada bakal peniaga dan seterusnya bersama kumpulan niaga untuk memperoleh ganjaran atau bonus pada setiap bulan (EARN).

“Kami menawarkan peluang niaga secara berkumpula­n dengan menyediaka­n struktur perniagaan kukuh, sistem ganjaran yang adil serta latihan keusahawan­an tersusun untuk menyumbang kepada masyarakat.

“Program ini juga menawarkan satu program latihan (Dmagia Elite Club dan Dmagia Academy) dengan modul pengurusan perniagaan secara profesiona­l, teknik pemasaran dan pelbagai aktiviti keusahawan­an secara percuma bersama bimbingan mentor perniagaan terpilih dan berkelayak­an,” katanya dalam kenyataan sempena pelancaran program Dmagia USE dan rangkaian produk baharu Dmagia.

Menurutnya, dengan pakej pendaftara­n sebagai ahli serendah RM150, pengguna boleh mendapatka­n rangkaian produk Dmagia dan menjadi Dmagia Members secara automatik.

“Selain itu, pengguna yang menjadi ahli boleh menikmati potongan harga luar biasa dan pelbagai ganjaran serta berpeluang menyertai cabutan bertuah untuk memenangi pelbagai hadiah menarik seperti televisyen pintar LG 55 inci, Apple iPad 8th Gen, dan Xiaomi Cordless Vacuum Cleaner,” katanya.

Katanya, pihaknya juga akan menganjurk­an kempen khas mata ganjaran terkumpul yang sangat istimewa untuk menghargai Dmagia Members yang telah mempunyai kumpulan jualan yang besar dan mencapai sasaran syarikat secara konsisten.

“Sebagai ganjaran, mereka berpeluang membawa pulang pelbagai jenis kenderaan yang ditawarkan seperti Mercedes Benz C200, BMW 5 Series, Ford Ranger dan Proton X70,” katanya.

Antara produk baharu yang ditawarkan Dmagia adalah Dmagia Nutri360 (minuman kolagen), Snow360 (penjagaan kulit), Dmagia Premium Colombian Arabica Coffee, Black Ginger Honey Plus Chewy Bites (makanan kesihatan) serta Dmagia Aura Bioheat (losyen serbaguna).

Sementara itu, Pengarah Dmagia, Azrui Nizam Itam berkata, pihaknya juga dalam perancanga­n untuk memasarkan produk ke luar negara pada tahun ini.

 ??  ?? NIK Juzailah (kiri) bersama rakan niaga, Soffi Jikan pada pelancaran program Dmagia USE dan rangkaian produk baharu Dmagia.
NIK Juzailah (kiri) bersama rakan niaga, Soffi Jikan pada pelancaran program Dmagia USE dan rangkaian produk baharu Dmagia.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia