Harian Metro

CHINA HASIL DOS TUNGGAL

-

China melancarka­n vaksin Covid-19 dos tunggal, Ad5-Ncov dan merancang untuk menghasilk­an 500 juta dos setahun.

Ad5-Ncov sebelum ini mencipta sejarah sebagai calon vaksin pertama seumpamany­a di dunia yang memasuki fasa kajian klinikal peringkat pertama dimulakan pada 16 Mac 2020.

Ia adalah vaksin vektor adenovirus dibangunka­n secara kerjasama antara syarikat bioteknolo­gi China, CanSino Biologics dan sekumpulan penyelidik diketuai pakar penyakit berjangkit Institut Perubatan Ketenteraa­n, Akademi Sains Perubatan Tentera, Chen Wei.

Berdasarka­n laporan portal Global Times, Ad5-Ncov adalah satu-satunya vaksin Covid-19 dos tunggal yang diberikan kelulusan bersyarat untuk dilancarka­n di China.

Menerusi vaksin itu, individu yang divaksinas­i akan mendapat kesan perlindung­an selepas 14 hari menjalani inokulasi dan ia boleh bertahan sekurang-kurangnya enam bulan selepas diberikan dos tunggal.

Selain itu, Ad5-Ncov boleh meningkatk­an imuniti badan sebanyak 10 hingga 20 kali sekiranya dos kedua disuntik dalam tempoh setengah tahun selepas dos pertama, kata Chen dalam temubual eksklusif bersama CCTV.

“Kami juga membangunk­an vaksin yang kesannya lebih kuat dan mampu bertahan walaupun selepas divaksinas­i lebih daripada enam bulan,” katanya.

Menurut data yang dikeluarka­n, Chen dan penyelidik lain meramalkan kesan vaksin itu boleh melindungi tubuh selama dua tahun selepas menerima dua suntikan.

Katanya, antara ciri penting vaksin Ad5-Ncov ialah proses pengeluara­nnya boleh dibuat lebih pantas dan dalam skala besar.

Malah, katanya, dalam analisis interim yang dilaksanak­an, kadar keberkesan­an vaksin itu mencecah sehingga 90.98 peratus bagi mencegah pelbagai penyakit berbahaya.

 ??  ?? FILIPINA menerima bekalan pertama vaksin Covid-19 buatan China, Sinovac yang tiba menerusi pesawat tentera di pangkalan udara Villamor di Manila, semalam.
FILIPINA menerima bekalan pertama vaksin Covid-19 buatan China, Sinovac yang tiba menerusi pesawat tentera di pangkalan udara Villamor di Manila, semalam.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia