Harian Metro

TERUNGKAI DALAM EMPATI

Jasper Supayah luah rasa hati ketika bawa lagu dalam single sulung

- Oleh Norhayati Nordin norhayati_nordin@ hmetro.com.my

Meski bakat seninya kini lebih cenderung kepada lakonan, namun minat Jasper Supayah terhadap bidang nyanyian tidak pernah pudar.

Bagi memenuhi mpian dan hasratnya, sper merakamkan gu berjudul mpati ciptaan komposer Nami Harez, Hizey Wan dan Jack Jafni yang mengisahka­n percintaan terkandas di tengah jalan.

Berbicara mengenai singlenya itu, Jasper berkata ia sebuah lagu yang amat menyentuh hati. Ujarnya, apatah lagi lagu berkenaan juga ada kena dengan kisah cintanya. “Secara kebetulan, kisah dalam lagu Empati ini ada kaitan dengan pengalaman hidup saya. Hubungan cinta saya dengan bekas kekasih akhirnya putus selepas empat tahun kami menjalin kasih.

“Tiada jodoh di antara kami kerana dia akhirnya membuat keputusan berkahwin dengan wanita lain. Sedih memang saya tak nafikan, tapi nak buat macam mana kalau sudah itu pilihannya. “Saya hanya mampu melupakan segala kesedihan itu dan ‘move on’ jalani kehidupan dengan haluan sendiri. Bagi saya, tiada guna terus bersedih lagi kerana semua sudah berlaku,” katanya. Mengulas mengenai cabaran menyanyika­n lagu itu, Jasper mengakui hatinya berasa sangat sedih dan kecewa. Katanya, apabila liriknya kena dengan diri sendiri, siapa yang tidak berasa terluka.

Bagaimanap­un, pelakon filem Polis EVO 2 dan Busut Bonang ini mengakui dia seorang yang cepat bangkit dan menerima kenyataan apa yang sudah berlaku. Katanya kini dia selesa hidup tanpa cinta.

“Dalam hubungan percintaaa­n ini sukar dijangka. Soal hati selalu berubah dan mendapat cinta sejati bukan mudah. Jadi, sekarang saya nak fokus pada kerja dahulu berikutan rezeki pun masih ada.

“Buat masa ini, ada baiknya juga saya tidak memikirkan soal cinta.

Bagi saya, biar masa menentukan dan jika ada jodoh suatu hari nanti pasti tak ke mana.

“Saya tak mahu cinta yang bertukar ganti.

Apa yang saya tahu cinta memerlukan keserasian dua hati dan mendapatka­nnya tidak mudah. Ditambah lagi, untuk saya yang mahu berkahwin sekali seumur hidup,” katanya.

Mengenai perancanga­n melancarka­n single buah tangan sulungnya itu, Jasper berkata dia ingin lancarkan lagu Empati kepada pendengar sekitar April nanti. Katanya dia enggan terburu-buru tanpa perancanga­n.

“Saya mengambil masa lama untuk menghasilk­an lagu Empati ini. Jadi, saya kena betul-betul teliti dalam perancanga­n dibuat kerana menyanyi juga adalah cita-cita yang mahu dicapai sejak kecil.

“Selain itu, saya juga pernah mencuba nasib dalam program realiti, Akademi Fantasia.

Bagaimanap­un, rezeki saya dalam kerjaya seni lebih bersinar sebagai pelakon dan diikuti pengacara pula selepas itu,” katanya.

Menurut Jasper, apa yang lebih istimewa lagi untuk single Empati turut dipilih menjadi runut bunyi sebuah filem. Selain itu, muzik videonya pula dijangka menjalani penggambar­an pada penghujung Mac ini.

Meski kini sibuk menyiapkan penggambar­an drama Isolasi untuk Awesome TV, Jasper juga memaklumka­n dia turut mengacarak­an program #Kongsi Kembaraku yang disiarkan RTM.

Dalam hubungan percintaaa­n ini sukar dijangka. Soal hati selalu berubah dan mendapat cinta sejati bukan mudah. Jadi, sekarang saya nak fokus pada kerja dahulu berikutan rezeki pun masih ada

JASPER SUPAYAH

 ??  ?? JASPER akhirnya rakam single sulung berjudul Empati.
JASPER akhirnya rakam single sulung berjudul Empati.
 ??  ??

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia