Harian Metro

PENANGAN RAHIMAH TANPA RAHIM

Ramai pihak beri pandangan positif, negatif di media sosial selepas tonton drama penuh emosi

- Oleh Syafil Syazwan Jefri syafil.syazwan@ hmetro.com.my

Saya pun kadang-kadang persoalkan kenapa karya itu begitu dan begini. Tapi, sebab tuntutan kerja, saya lakukan juga

ZILA BAKARIN

Sejak minggu lalu, garis masa Facebook serta beberapa platform media sosial mula bertebaran dengan luahan rasa penuh emosi yang bercampur baur dalam kalangan peminat dan pengikut setia drama tempatan.

Ini semua berlaku gara-gara drama bersiri Rahimah Tanpa Rahim yang mencetuska­n pelbagai kontrovers­i, persoalan, bahkan kekacauan emosi buat penonton.

Ada yang marah, ada yang geram, ada yang tak faham, semuanya diluahkan mereka mengenai drama arahan Eoon Shuhaini itu.

Membariska­n barisan pelakon hebat seperti Puteri Aishah, Azlee Khairi, Ezzaty Abdullah, Hafidz Roshdi dan Mustaqim Bahadon, drama Rahimah Tanpa Rahim mengisahka­n mengenai Rahimah lakonan Puteri Aishah, yang diuji dengan penyakit sindrom Mayer Rokitansky Kuster Hauser (MRKH).

Tidak hanya itu, Rahimah juga diuji dengan layanan dingin ibu tirinya, serta kemudian diduga dengan rumah tangga bersama suami, Jauhar.

Antara pelakon yang sudi berkongsi pendapat mengenai drama yang masih ditayangka­n ini ialah pelakon, Zila Bakarin.

Menurut pelakon yang popular dengan karakter antagonis itu, ada jalan cerita yang boleh diperbaiki.

“Saya tak terlalu mengikuti drama ini, tapi ada juga saya berkesempa­tan menonton dan ia benar-benar membuatkan saya beremosi. Dalam satu babak yang saya tonton, ia umpama menunjukka­n kelemahan seorang suami.

“Kalau tanya pendapat saya, babak yang saya sempat tonton itu ialah ketika suami Rahimah membawa pulang anak angkat. Kemudian, anaknya terbangun pada waktu malam dan Rahimah menguruska­n anaknya.

“Sementara itu, suaminya berpindah dan tidur di bilik lain. Dari situ, dah nampak kelemahan seorang suami,” katanya.

Ujarnya, banyak perkara yang menimbulka­n persoalan dalam drama ini.

“Saya tak faham, apa yang cuba dipaparkan dalam drama ini? Mungkin ia akan lebih menarik kalau menceritak­an mengenai perjalanan hidup wanita yang lahir tanpa rahim itu.

“Pada masa sama, tonjolkan juga kekuatan sang suami sebab itu juga boleh mengukuhka­n lagi jalan cerita drama ini,” katanya.

Katanya lagi, dia sebagai pelakon juga kadangkala terpaksa mempersoal­kan skrip dan jalan cerita sesuatu naskah sekiranya ia menimbulka­n persoalan.

“Saya pun kadangkada­ng persoalkan kenapa karya itu begitu dan begini. Tapi, sebab tuntutan kerja, saya lakukan juga.

“Dalam perspektif lain, mungkin pengarah dan penulis skrip ada hala tuju mereka sendiri untuk menyedapka­n jalan cerita. Apa pun, bila menjadi bualan, ia memberi manfaat kepada drama itu sendiri,” katanya.

Sebelum ini, drama ini mencipta kontrovers­i apabila judulnya menjadi bahan jenaka kerana dianggap sebagai sesuatu yang mencuit hati. Namun, selepas pengarahny­a memberi penjelasan, semuanya mula terungkai.

Namun, selepas beberapa episod, ramai yang membangkit­kan semula mengenai jalan cerita yang seperti menampakka­n ‘kurang bijak’ pada karakter Rahimah itu.

Di Wikipedia, ruangan sinopsis drama itu juga mencuri perhatian apabila ada individu tidak dikenali menyunting semula ayat terakhir dan menghentam jalan cerita drama itu.

 ??  ??
 ??  ?? WATAK utama, Rahimah Tanpa Rahim diterajui pelakon Puteri Aishah dan Azlee Khairi.
WATAK utama, Rahimah Tanpa Rahim diterajui pelakon Puteri Aishah dan Azlee Khairi.
 ??  ??

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia