Harian Metro

FADH MULA BERLAKON

Jadikan Tan Sri P Ramlee sebagai idola, anggap peluang satu rezeki ketika pandemik

- Oleh Syafil Syazwan Jefri syafil.syazwan@hmetro.com.my

Siapa sangka, walaupun rezeki dalam bidang nyanyian sedikit menyusut disebabkan kehadiran pandemik Covid-19, rezeki lain pula yang datang buat penyanyi, Fadh Majid.

Fadh atau nama sebenarnya Muhd Fadhlullah Abd Majid berkongsi mengenai satu lagi minatnya yang kini mula membawa kepada sumber pendapatan.

“Selepas selesai dengan program realiti Big Stage pada tahun lalu, karier seni saya berkembang agak perlahan kerana patuh dengan prosedur operasi standard (SOP) yang ditetapkan oleh kerajaan.

“Namun, alhamdulil­lah kerana Allah gantikan dengan tawaran lakonan yang sedikit sebanyak membantu saya menjana pendapatan,” katanya.

Berkongsi mengenai minatnya terhadap lakonan, Fadh yang menjadikan Allahyarha­m Tan Sri P Ramlee sebagai idola tidak pernah menyangka berpeluang mencuba nasib sebagai pelakon.

“Sebenarnya, saya memang dah lama meminati bidang lakonan. Idola saya adalah P

Ramlee kerana pada saya, Allahyarha­m adalah anak seni yang versatil.

“Dia boleh berlakon, menyanyi, mengarah, mencipta lagu dan banyak lagi.

“Saya sendiri pun tak pernah menyangka akan ditawarkan untuk berlakon. Antaranya, telefilem berjudul Kifarah Buta yang sudah ditayangka­n saluran Astro Citra.

“Satu lagi karya yang saya dah selesai jalani penggambar­annya adalah drama bersiri 13 episod berjudul Aku Seorang Perempuan,” katanya.

Ingin lebih serius dalam menggalas tanggungja­wab sebagai pelakon, Fadh merancang untuk menyertai kelas lakonan bagi memperbaik­i kemampuan dan skilnya.

“Bagi saya, proses pembelajar­an tidak akan pernah terhenti.

Jadi, saya merancang untuk menyertai kelas lakonan selepas Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) ditamatkan.

“Bukan sahaja kelas lakonan, saya juga nak menyertai kelas vokal untuk menambah ilmu dalam bidang muzik yang juga menjadi punca rezeki saya,” katanya.

Terbaharu, Fadh akan hadir dengan single kedua berjudul Tak Mungkin Mendua ciptaan komposer, Ajai dan lirik oleh Ahmad Fedtri Yahya.

“Lagu ini adalah kesinambun­gan daripada single pertama saya berjudul Bukan Takdirku. Lagu ini adalah hasil ciptaan saya sendiri, tapi, untuk single kedua pula saya bekerjasam­a dengan Ajai dan Fedtri.

“Ini menjadi peluang berharga buat saya sebab sepanjang aktif dalam bidang nyanyian, sememangny­a saya mengimpika­n untuk bekerjasam­a dengan kedua-dua mereka.

“Alhamdulil­lah, proses penghasila­n lagu dan rakaman berjalan dengan lancar dan InsyaAllah, saya akan pertaruhka­n lagu ini tidak lama lagi serentak dengan video muziknya,” kata Fadh.

Saya sendiri pun tak pernah menyangka akan ditawarkan untuk berlakon. Antaranya, telefilem berjudul Kifarah Buta yang sudah ditayangka­n saluran Astro Citra

FADH

 ??  ?? FADH akan lancarkan single kedua, Tak Mungkin Mendua tidak lama lagi
FADH akan lancarkan single kedua, Tak Mungkin Mendua tidak lama lagi

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia