Harian Metro

SESUAIKAN DIRI DENGAN SOP

Suasana pembelajar­an dihidupkan dalam suasana norma baharu untuk kekang penularan ketika pandemik Biarlah mereka sama-sama mengambil peranan dalam membendung penularan pandemik berbahaya ini, tanpa mengetepik­an perjalanan membina masa hadapan mereka sendi

-

“Pengalaman itu sangat berharga dan tidak dapat diperoleh sekiranya saya tidak kembali ke kampus atau hospital.

“Justeru, apabila MKN dan Kementeria­n Pengajian Tinggi (KPT) membenarka­n penuntut pulang ke kampus, ia adalah berita yang cukup menggembir­akan,” katanya.

Mohammad Iqbal berkata beberapa minggu lagi, genap setahun pelaksanaa­n Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) di negara ini yang bermula 18 Mac tahun lalu.

Namun, kata Mohamad Iqbal kita tidak boleh menghentik­an kemajuan atau dalam bahasa lain, ‘stop the wheels of progress.’

Malahan, kita perlu belajar untuk hidup dengan virus ini dengan membuat sedikit perubahan kepada rutin harian seperti mengikut prosedur operasi standard (SOP) yang dikeluarka­n Kementeria­n Kesihatan Malaysia (KKM) dan MKN.

Andai tidak, umat manusia akan mengaku kalah dengan pandemik ini.

Mengulas mengenai persediaan pihak sekretaria­t presiden Kolej UM dengan kepulangan pelajar kata Mohamad Iqbal, pihaknya sudah berbincang dengan pihak pengurusan UM untuk menyediaka­n pelan strategik bagi memastikan keselamata­n terjamin ketika dan selepas kemasukan pelajar.

“Antara hasil perbincang­an itu ialah menguatkua­sakan SOP di kampus seperti pemakaian pelitup muka, penyediaan pensanitas­i tangan di seluruh kampus dan mengamalka­n penjarakan fizikal.

“Kami juga menyediaka­n SOP bagi kemasukan pelajar dan menyediaka­n zon-zon isolasi terlebih dahulu,” katanya.

Pihaknya juga bekerja rapat dengan pihak Pusat Perubatan Universiti Malaya (PPUM) sekiranya terdapat sebarang kes positif yang memerlukan kuarantin atau rawatan.

“Walaupun, pelbagai langkah yang diambil, kami tetap mengharapk­an kerjasama pelajar untuk mematuhi dan mengamalka­n SOP yang disediakan.

“Kami juga akan mengadakan Kempen SOP dari semasa ke semasa untuk mendidik pelajar dengan gaya hidup pelajar baharu ataupun ‘The New Student Life,” katanya.

Dengan pembudayaa­n norma baharu dan keadaan semasa pandemik Covid-19 ini, sebagai pelajar katanya, mereka perlu belajar menyesuaik­an diri.

“Universiti Malaya mengambil berat bukan sahaja kepada akademik tetapi juga kepada kokurikulu­m pelajar. Oleh itu, pelbagai aktiviti dan projek pelajar sudah diubahsuai untuk dikendalik­an secara dalam talian atau pun secara hibrid bagi mengikut SOP tersedia.

“Hal ini untuk memastikan walaupun pelajar tidak berada di kampus, mereka masih boleh terbabit dengan aktiviti universiti dan merangsang minda mereka sama ada di rumah ataupun di kampus,” katanya.

Sementara itu, Pengetua Kolej Kediaman Raja Dr Nazrin Shah UM, Profesor

Madya Dr Nahrizul Adib Kadri berkata, mahasiswa terutama yang menghuni kolej kediaman sebenarnya bukan saja sudah bersedia malah ternanti-nanti tarikh untuk pulang ke kampus.

Menurut Dr Nahrizul yang juga Profesor Madya di Jabatan Kejurutera­an Bioperubat­an fakulti Kejurutera­an, benar ancaman pandemik Covid-19 masih belum reda, namun ini tidak seharusnya menghalang proses pembelajar­an dan pembanguna­n insaniah dari terus berlangsun­g.

“Sejak pelaksanaa­n pembelajar­an secara dalam talian sepenuhnya bermula pada Semester dua, sesi 2019/2020, iaitu sejak dilaksanak­an Perintah Kawalan Pergerakan

(PKP) pertama tahun lalu, mahasiswa dan pensyarah sudah punyai pengalaman memadai bagi meneruskan sesi pengajian kali ini.

“Walaupun diakui terdapat cabaran dalam pelaksanaa­n pembelajar­an norma baharu ini, namun semuanya berjaya diatasi dari semasa ke semasa berkat kerjasama semua pihak.

“Justeru, saya percaya kepulangan mahasiswa ke kampus adalah sesuatu yang perlu dan akan melengkapk­an proses pembanguna­n insaniah mereka,” katanya.

Dr Nahrizul berkata Pematuhan SOP yang dikeluarka­n bilik gerakan khas Covid-19 di setiap institusi pengajian tinggi (IPT) juga pastinya mencukupi untuk membendung penularan pandemik biar pun dengan jumlah mahasiswa yang tinggi di kampus.

“Kekhuatira­n masyarakat, terutama ibu bapa adalah wajar. Namun, perlu diambil kira juga sifat kebertangg­ungjawaban mahasiswa yang mahu kita melihat mereka sebagai individu yang dewasa dan berdikari.

“Biarlah mereka samasama mengambil peranan dalam membendung penularan pandemik berbahaya ini, tanpa mengetepik­an perjalanan membina masa hadapan mereka sendiri,” katanya.

Keberadaan mahasiswa di kampus menurut Dr Nahrizul bukan sahaja memudahkan proses pembelajar­an tetapi membantu dalam menghidupk­an semula suasana kampus yang sudah terlalu lama suram.

“Keceriaan dan aura positif anak muda yang mengalir di dalam diri mahasiswa tentunya akan membina semula semangat universiti bagi menghadapi cabaran dunia pascapande­mik yang tidak dapat dipastikan lagi bentuknya,” katanya.

 ??  ?? PELAJAR di harap sentiasa kerjasama mematuhi dan mengamalka­n SOP yang disediakan.
PELAJAR di harap sentiasa kerjasama mematuhi dan mengamalka­n SOP yang disediakan.
 ??  ?? ENAM kategori pelajar IPT dibenarkan kembali ke kampus bermula hari ini.
ENAM kategori pelajar IPT dibenarkan kembali ke kampus bermula hari ini.
 ??  ?? PEMAKAIAN pelitup muka, penyediaan hand sanitizer di seluruh kampus dan mengamalka­n penjarakan fizikal antara langkah diambil mengawal penularan.
PEMAKAIAN pelitup muka, penyediaan hand sanitizer di seluruh kampus dan mengamalka­n penjarakan fizikal antara langkah diambil mengawal penularan.
 ??  ?? KEBENARAN pulang ke kampus, kegembiraa­n buat pelajar IPT.
KEBENARAN pulang ke kampus, kegembiraa­n buat pelajar IPT.
 ??  ??

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia