Harian Metro

Seramai 136 mahasiswa UiTM sertai kem kepimpinan secara maya

-

Kem kepimpinan secara dalam talian. Ia kedengaran janggal, tetapi penularan pandemik Covid-19 memungkin segala aktiviti yang biasa dilakukan di lapangan dijalankan dalam talian termasuk Program Kem Kepimpinan Mahasiswa yang dianjurkan Institut Kepimpinan Pelajar, Universiti Teknologi MARA (UiTM), Shah Alam.

Program kepimpinan yang julung kali diadakan secara dalam talian itu dikenali sebagai Program Modul Kepimpinan Survival Bangsa 2020 (MKSB) turut disertai 136 mahasiswa dari 24 fakulti dan berlangsun­g selama 18 hari.

Koordinato­r Kepimpinan Institut Kepimpinan Pelajar yang juga penyelaras program Fairus Muhamad Darus berkata, objektif pelaksanaa­n kem itu adalah untuk memberi peluang kepada mahasiswa mengilap bakat dan minat dalam kepimpinan, meskipun berada di rumah.

Menurutnya, melalui kem kepimpinan itu peserta dapat menonjolka­n potensi diri masing-masing supaya dapat digilap dan menjadi lebih hebat.

“Pembabitan mahasiswa melalui kem kepimpinan sebegini berupaya menambahka­n ilmu dan kemahiran insaniah seperti ilmu kepimpinan, berkomunik­asi, pengurusan organisasi dan sebagainya.

“Pelaksanaa­n kem kepimpinan dalam tempoh yang panjang iaitu 18 hari memberi kemudahan kepada peserta mengikutin­ya secara santai dan lebih terbuka bersesuaia­n dengan jadual masing-masing,” katanya.

Melalui kem kepimpinan ini juga kata Fairus, peserta yang berasal dari pelbagai latar belakang dengan disiplin ilmu berbeza berpeluang berkenalan dan membina jaringan serta membentuk kerjasama.

“Pengisian utama kem kepimpinan itu dibahagika­n kepada dua aktiviti iaitu slot ceramah dan perbincang­an dalam kumpulan.

“Justeru, selain berpeluang berkenalan dan membina jaringan, tugasan yang diberi kepada peserta turun membantu mereka memperkuku­hkan kefahaman dan penghayata­n terhadap topik ceramah dan perbincang­an yang terkandung dalam kem kepimpinan ini,” katanya.

Sepanjang program, pelbagai topik dan perkongsia­n disampaika­n antaranya Kepentinga­n Pemimpin Muda

Memahami Perlembaga­an dari wakil Kursi Intitusi Raja-Raja Melayu Profesor Dr Shamrahayu Ab Aziz dan Pencapaian dan Reputasi dari Pensyarah Fakulti Pengajian Maklumat

Profesor Madya Dr Azman Mat Isa.

Turut terbabit Pensyarah Fakulti Pengajian Komunikasi dan Media Dr Noor Nirwandy Mat Nordin dan Pensyarah Fakulti

Sains Gunaan Dr Sheikh Ahmad Izaddin Sheikh Mohd Ghazali yang masingmasi­ng memyampaik­an perkongsia­n mengenai tajuk Pemimpin Muda dan Media Sosial serta Keseimbang­an Akademik dan Bukan Akademik.

 ??  ?? PEMBABITAN peserta ketika perbincang­an dalam kumpulan.
PEMBABITAN peserta ketika perbincang­an dalam kumpulan.
 ??  ?? DR Sheikh Ahmad Izaddin
DR Sheikh Ahmad Izaddin
 ??  ?? DR Noor Nirwandy
DR Noor Nirwandy

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia