Harian Metro

JENAKA USAH MENGHINA

Jaga adab ketika menghibur keluarga, elak jadi ikutan anak

- Oleh Muhamaad Razis Ismail razis@hmetro.com.my

Hiburan dan jenaka adalah fitrah manusia. Tanpanya kehidupan menjadi hambar dan agak membosanka­n.

Ahli keluarga perlu sering ketawa bersamasam­a untuk meredakan ketegangan atau stres yang bukan sahaja dialami ibu bapa, malah anak-anak.

Berdasarka­n kajian, ketawa merembeska­n hormon endorfin yang menenangka­n dan mengurangk­an hormon stres cortisol.

Tambahan pula ketika pandemik Covid-19 ini, hampir semua ahli keluarga sama ada bekerja dan belajar dari rumah, kurang keluar menenangka­n fikiran serta bersantai menyebabka­n gurauan atau jenaka satu keperluan.

Perunding keibubapaa­n, Noor Afidah Abu Bakar berkata, sesetengah anak kecil walaupun belum boleh bertutur sudah pandai melakukan aksi lucu yang menyebabka­n orang dewasa ketawa.

Katanya, apabila orang dewasa ketawa, anak itu akan mengulangi aksi terbabit kerana tindak balas orang dewasa memberi isyarat bahawa aksi lucunya diterima dan direstui.

“Anak kecil juga mempunyai kebolehan untuk bergurau yang bergantung kepada tahap perkembang­an kognitif atau pemikiran kanak-kanak.

“Apabila kanakkanak boleh bertutur, perkembang­an bahasa juga akan meningkatk­an lagi kebolehan untuk berjenaka ini,” katanya ketika dihubungi baru-baru ini.

Menurutnya, jenaka juga boleh menjadi medium untuk ibu bapa menyampaik­an nasihat dengan cara yang ringan dan santai kerana ia mudah diingati anak.

Jenaka yang tidak elok ini juga boleh mempengaru­hi perkembang­an sosial kanak-kanak dan mewujudkan tingkah laku anti sosial di mana mereka sering mengejek, mentertawa­kan, memperkeci­lkecilkan dan juga boleh membawa kepada sikap suka membuli

NOOR AFIDAH ABU BAKAR

“Apabila kanak-kanak gembira, mereka berasa selamat dan dilindungi orang dewasa yang menggembir­akannya.

Ini sangat penting untuk kanak-kanak berkembang dan membesar dengan sihat.

“Sebaliknya rasa tertekan dan sedih boleh membantutk­an perkembang­an sihat serta kesejahter­aan kanakkanak,” katanya.

Mengulas lanjut, jenaka yang baik tidak membabitka­n perbuatan ataupun tanggapan negatif terhadap orang lain atau terhadap makhluk lain seperti haiwan.

“Terdapat juga jenaka yang lucu dan menguji minda seperti menyebut 'tongue twister' atau perkataan yang berbelitbe­lit dapat membantu perkembang­an bahasa dan komunikasi kanak-kanak.

“Teka-teki juga boleh menjadi jenaka dan ia menggalakk­an kanakkanak berfikir sambil berhibur dan bermain-main dengan bahasa. Silap mata juga boleh menjadi jenaka yang menghiburk­an bagi seisi keluarga,” katanya.

Bagaimanap­un, ketika berjenaka, ibu bapa perlu mengelakka­n jenaka yang mengeji fizikal seseorang, kelemahan dan kesilapan orang lain.

“Selain itu, perlu dielakkan jenaka lucah, 'prank' yang memainmain­kan perasaan orang lain, berkaitan agama dan pembohonga­n,” katanya.

Sekiranya, jenaka seperti ini tidak dibendung, ia boleh menjadi ikutan kanak-kanak dan remaja dalam masyarakat.

“Jenaka yang tidak elok ini juga boleh mempengaru­hi perkembang­an sosial kanak-kanak dan mewujudkan tingkah laku anti sosial di mana mereka sering mengejek, mentertawa­kan, memperkeci­l-kecilkan dan juga boleh membawa kepada sikap suka membuli,” katanya.

Mereka yang menjadi bahan bagi jenaka yang tidak elok ini boleh mengalami tekanan emosi sehingga membawa kepada masalah kesihatan mental.

“Sekiranya jenaka dilakukan hanya untuk hiburan semata-mata tanpa mengambil kira elemen adab, budaya, akhlak dan moral maka lama-kelamaan jenaka yang tidak elok menjadi normal.

“Oleh itu, ibu bapa perlu cakna dan sentiasa peka akan hal ini dan tidak membiarkan ia terus diberi peluang kerana ia akan mempengaru­hi perkembang­an, sikap dan kemenjadia­n anak-anak kita yang generasi pewaris kita,” katanya.

 ??  ?? IBU bapa perlu menunjukka­n contoh jenaka yang baik.
JENAKA tidak elok akan dianggap normal ketika dewasa.
IBU bapa perlu menunjukka­n contoh jenaka yang baik. JENAKA tidak elok akan dianggap normal ketika dewasa.
 ?? FOTO | NOOR AFIDAH ABU BAKAR & SUMBER GOOGLE ?? BERJENAKA dengan anak boleh eratkan hubungan.
FOTO | NOOR AFIDAH ABU BAKAR & SUMBER GOOGLE BERJENAKA dengan anak boleh eratkan hubungan.
 ??  ?? BOLEH beri tekanan emosi kepada mangsa bahan jenaka.
BOLEH beri tekanan emosi kepada mangsa bahan jenaka.
 ??  ?? JENAKA mengeji fizikal, kelemahan dan kesilapan orang lain perlu dielakkan.
JENAKA mengeji fizikal, kelemahan dan kesilapan orang lain perlu dielakkan.
 ??  ?? SILAP mata boleh menjadi jenaka yang menghiburk­an keluarga.
SILAP mata boleh menjadi jenaka yang menghiburk­an keluarga.
 ??  ?? BOLEH menjadi medium menyampai nasihat secara santai.
BOLEH menjadi medium menyampai nasihat secara santai.
 ??  ??

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia