Harian Metro

Zii Jia buru impak positif di Basel

-

Kuala Lumpur:

Selepas bergelut mencapai tahap prestasi terbaik, pemain perseorang­an lelaki utama negara, Lee Zii Jia merasakan perlu melakukan sesuatu pada dua pertanding­an utama yang disertai nanti.

Bermula Kejohanan Badminton Terbuka Switzerlan­d di Basel pada 2 hingga 7 Mac diikuti kejohanan berprestij Seluruh England yang dijadual berlangsun­g dari 17 hingga 21 Mac di Utilita Arena Birmingham, England.

Secara peribadi, Zii Jia yang enggan meletakkan tekanan terhadap dirinya sekali gus mengintai peluang memperbaik­i pencapaian dalam dua kejohanan terdahulu dan tampil dengan permainan lebih kemas bagi meraih keputusan positif.

Ketiadaan jurulatih perseorang­an lelaki Datuk Tey

Seu Bock di Switzerlan­d tidak menjejaska­n tumpuan pemain berusia 22 tahun itu yang optimis mampu bekerjasam­a dengan baik bersama Pengarah Kejurulati­han Persatuan Badminton Malaysia (BAM) Wong Choong Hann.

“Saya rasa perlu ada keputusan baik di Eropah, tetapi pada masa sama saya juga tidak mahu memberi tekanan berlebihan kepada diri sendiri.

“Saya berusaha sebaiknya dan apa yang penting sekarang saya mencari kesesuaian corak permainan, itu paling penting.

“Kita tidak boleh buat apa (ketiadaan Seu Bock) kerana ia pada saat akhir, di sana juga masih ada jurulatih Choong Hann dan kami berbincang banyak perkara.

“Saya rasa tiada masalah bersama jurulatih Choong

Hann di sana,” katanya.

Zii Jia yang diletakkan sebagai pilihan kedua kejohanan antara anggota kontinjen badminton negara berlepas ke Basel semalam dalam usaha memperbaik­i kedudukan ranking masing-masing.

Katanya, ketiadaan ramai nama besar badminton dunia pada kejohanan berkenaan perlu dimanfaatk­an bagi memburu mata untuk mencerahka­n peluang menempah slot ke temasya Sukan Olimpik di Tokyo pada Julai.

Zii Jia memulakan cabaran di Terbuka Switzerlan­d menentang pemain Korea Selatan Heo Kwang Hee di pusingan pertama sementara pilihan pertama kejohanan dan pemain ranking kedua dunia Viktor Axelsen dari Denmark berdepan Jason Anthony Ho-Shue dari Kanada.- Bernama

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia