Harian Metro

PKBM umum senarai sebelum Ogos Kuala Lumpur:

-

Kebang-‘ Pencapaian cemerlang pelumba lebuh raya negara, Harrif Saleh bersama pasukan Terengganu Cycling Team (TSG) turut mendapat pujian daripada Persekutua­n saan Berbasikal Malaysia (PKBM).

Harrif yang menawan Grand Prix Manavgat di Turki biarpun hampir setahun tanpa sebarang perlumbaan kompetitif baru-baru ini menjadi sandaran negara membawa pulang emas di temasya Sukan Sea Vietnam, November ini.

Presiden PKBM, Datuk Abu Samah Wahab ketika dihubungi berkata, nama pelumba itu pasti berada dalam senarai skuad negara kerana pengalaman dan kemampuann­ya tidak boleh dipertikai­kan.

Katanya, Harrif berkemungk­inan besar menjadi sandaran dalam acara kriterium ketika acara lebuh raya mungkin tidak memihak kepada pakar pecut itu berikutan laluan berbukit.

“Senarai nama penuh pelumba yang beraksi di Sukan Sea hanya diputuskan sebelum Ogos ini.

“Namun senarai nama panjang dihantar kepada MOM (Majlis Olimpik Malaysia)

pada Mac nanti sebagai persediaan awal.

“Ketika ini sukar membuat penilaian kerana PKBM tidak boleh menganjurk­an pertanding­an dan kali terakhir berlangsun­g pada September tahun lalu iaitu kejohanan kebangsaan,” katanya.

Atas sebab itu juga adalah sukar jika MOM berkeras menghantar barisan pelumba muda bawah 23 tahun negara.

“Untuk Sukan Sea kali ini, kami mungkin menghantar 70 peratus pelumba senior dan 30 peratus pelumba muda.

“Ini kerana semua pelumba nak menang. Kalau hantar pelumba muda memang susah nak menang. Saya rasa di Vietnam kali ini memang banyak bukit jadi kita perlukan pelumba berpengala­man untuk meraih pingat,” katanya.

Ketika ini sukar membuat penilaian kerana PKBM tidak boleh menganjurk­an pertanding­an dan kali terakhir berlangsun­g pada September tahun lalu iaitu kejohanan kebangsaan”

Abu Samah Wahab

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia