Harian Metro

Campur tangan hancurkan pasukan

Proses penswastaa­n gagal dilakukan dengan sempurna

- Oleh Syazwan Msar mohdsyazwa­n@hmetro.com.my

Adakah proses penswastaa­n yang dilakukan pasukan tempatan berjaya menyelesai­kan masalah gaji pemain?

Tirai saingan Liga Malaysia (Liga M) hanya berbaki tidak sampai lima hari sahaja lagi namun situasi terkini menyaksika­n beberapa pasukan masih lagi gagal memiliki kepemimpin­an jitu dan terbaik, sekali gus mendorong masalah membabitka­n kewangan timbul.

Ketika ini dikhabarka­n sekurang-kurangnya lima pasukan Liga M berada dalam keadaan terumbang ambing apabila menghadapi masalah tampuk kepemimpin­an, sekali gus pemain menerima tempias dengan mereka masih lagi gagal menerima gaji masing-masing.

Perkhabara­n itu meresahkan beberapa pihak termasuk penaja yang tidak berani melabur terhadap beberapa pasukan termasuk berstatus gergasi kerana dibimbangi akan timbul masalah pada masa akan datang.

Situasi terbabit diakui sumber rapat dengan pasukan berkenaan yang melihat sehingga kini tiada penaja besar tampil mahu menaja skuad berkenaan.

Katanya, ketika ini lima pasukan berkenaan menghadapi masalah pembayaran gaji sejak awal tahun lalu namun situasi kurang heboh di kalangan pemain kerana dibimbangi akan diambil tindakan.

“Saya melihat proses penswastaa­n yang menyaksika­n terdapat campur tangan beberapa pihak termasuk daripada persatuan dan kerajaan negeri menyebabka­n perkara terbabit tidak dapat diselesaik­an.

“Ketika ini yang menjadi mangsa adalah pemain apabila mereka tidak mendapat gaji masing-masing sejak awal tahun lalu dan terpaksa pula berdiam diri.

“Campur tangan beberapa pihak ini yang menyebabka­n pasukan tidak dapat dibina dengan jayanya sekali gus melihat proses penswastaa­n gagal dilakukan dengan sempurna,” katanya, ketika dihubungi Arena Metro.

Sebelum itu, timbul perkara kurang menyenangk­an apabila terdapat desas-desus membabitka­n sekurang-kurangnya lima pasukan yang boleh dianggap berstatus gergasi masih lagi gagal menyelesai­kan tunggakan gaji sejak Januari lalu.

Lebih memburukka­n keadaan, pemain pasukan terbabit hanya mampu berdiam diri sahaja dan tidak berani untuk tampil menyuaraka­n hak mereka kerana dibimbangi dikenakan tindakan.

Lima pasukan adalah membabitka­n empat daripada Liga Super manakala satu lagi bersaing di Liga Perdana.

Setakat ini, pasukan berkenaan masih lagi gagal membayar tunggakan gaji sejak awal tahun lalu kerana berhadapan masalah perubahan kepimpinan selain terdapat beberapa isu membabitka­n penajaan.

 ??  ?? PASUKAN Liga Malaysia giat menjalani latihan. - Foto Ihsan Facebook Liga Bolasepak Malaysia (MFL)
PASUKAN Liga Malaysia giat menjalani latihan. - Foto Ihsan Facebook Liga Bolasepak Malaysia (MFL)

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia