Harian Metro

UITM intai peluang lebih baik

-

Kuala Lumpur:

Berstatus pasukan ‘akademik’ atau universiti tidak menghalang UiTM FC untuk lebih ghairah memburu kedudukan lebih cemerlang dengan membariska­n pemain lebih mantap bagi memperkuat­kan pasukan musim ini.

Boleh dianggap sebagai kuasa baharu Liga Super, kedudukan keenam dalam saingan Liga Super musim lalu cukup memberi amaran bahawa pasukan itu bukanlah boleh dianggap sebagai belasahan atau hanya mencukupka­n kuota saja.

Selepas mengekalka­n Frank Bernhardt untuk terus membimbing skuad ini, tonggak utama import dari Perancis yang turut menjadi kapten pasukan musim lalu, Victor Nirennold juga kekal bersama UiTM FC untuk mengemudi bahagian pertahanan.

Nirennold mempamerka­n prestasi memuaskan untuk memastikan benteng pertahanan kekal ampuh apabila hanya dibolosi 15 gol secara keseluruha­n musim lalu dalam saingan Liga Super.

Menurut Bernhardt, pemain berusia 30 tahun itu cukup berpengala­man dan keputusann­ya terus kekal berbakti bersama pasukan sememangny­a memberi bonus kepada UiTM FC untuk memperkuat­kan benteng mereka, sekali gus menjadi pencabar sengit lawan.

“Saya mempunyai empat pemain utama seperti Faizal Mohd Arif, Ahmad Khuzaimi Piee, Afif Asyraf dan Nirennold di mana mereka semua ini mempunyai pengalaman besar dan terbukti membantu pasukan dengan baik musim lalu.

“Saya yakin, kami semua baik pemain baharu dan lama yang dikekalkan terus mampu mendominas­i setiap perlawanan selepas ini dan mereka akan tempuhinya dengan lebih baik.

“Ini selepas saya menilai prestasi mereka dalam beberapa aksi perlawanan persahabat­an dan kami akan bersedia untuk harungi sepak mula nanti,” katanya.

UiTM FC berada di kedudukan keenam saingan Liga Super musim lalu

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia