Harian Metro

Empat terkandas di Indonesia selamat pulang ke tanah air

-

Empat rakyat Malaysia termasuk dua nelayan dari Pantai Puteri, Melaka yang ditahan pihak berkuasa Indonesia di Depoh Imigrasi Bengkalis, Kepulauan Riau selamat tiba di Terminal Feri Antarabang­sa Johor Bahru, Stulang Laut di sini, semalam.

Mereka tiba di terminal berkenaan jam 1 tengah hari selepas menaiki feri dari Batam, Indonesia jam 10 pagi waktu Indonesia.

Nelayan terbabit, Md Roslan Kadir, 43, dan Faizal Jailani, 38, serta seorang lelaki yang ditahan kerana tinggal melebihi tempoh dibenarkan di Bengkalis, Mohd Faizul Hakimi, 21, serta kanak-kanak, Ahmad Radhi Abdullah, 11, menjalani ujian calit sebaik tiba di terminal berkenaan.

Kedua-dua nelayan terbabit hanyut ke Lechah, Pulau Rupat, dekat Bengkalis, selepas enjin bot sangkut rosak ketika menangkap ikan di perairan Melaka, 16 Februari lalu sebelum ditemui penduduk Lechah terapung di atas perahu terbalik akibat dipukul ombak di perairan Pulau Rupat jam 8 pagi, 18 Februari lalu.

Urusan membawa pulang dan semua kos dibiayai Ahli Dewan Undangan Negeri (Adun) Pantai Kundor Datuk Nor Azman Hassan yang bekerjasam­a dengan Sekretaria­t Dunia Melayu Dunia Islam (DMDI) yang beribu pejabat di Ayer Keroh, Melaka.

Selepas menjalani ujian berkenaan, mereka dibawa pegawai Kementeria­n Kesihatan Malaysia (KKM) ke hotel di bandar raya ini untuk dikuaranti­n 10 hari.

Usaha wartawan menemu bual mereka tidak dibenarkan pegawai KKM bagi mengelak kemungkina­n penularan Covid-19.

Nor Azman berkata, beliau bersyukur kerana mengizinka­n mereka pulang ke negara ini.

“Mereka selamat kembali ke tanah air. Terima kasih kepada Kerajaan Indonesia, Konsulat Malaysia di Pekan Baru, Riau dan Sekretaria­t DMDI kerana membantu usaha itu,” katanya yang mengeluark­an kos RM20,000 bagi membawa mereka pulang.

Mohd Faizul ditahan pihak berkuasa Indonesia kerana tinggal melebihi tempoh dibenarkan pada November lalu, manalala Ahmad Radhi dibawa bapanya, Junaidi Tamam, 57, yang tinggal di Kampung Pasir, Tampoi, di sini, pulang ke kampung halamannya di Tanjung Balai, Karimun Indonesia, Februari tahun lalu.

Junaidi berkata, beliau pulang ke Kampung Pasir tanpa Ahmad Radhi yang tinggal di rumah neneknya dan tidak dapat membawanya balik kerana Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) berkuatkua­sa, Mac tahun lalu.

 ??  ?? NOR Azman (kanan) bertanya khabar kepada empat rakyat Malaysia yang dibawa pulang sebelum dikuaranti­n di hotel di Johor Bahru.
NOR Azman (kanan) bertanya khabar kepada empat rakyat Malaysia yang dibawa pulang sebelum dikuaranti­n di hotel di Johor Bahru.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia