Harian Metro

POLIS KENAL PASTI 3 TAN SRI, DATUK

Dalang dadah: Bukit Aman kini kumpul bukti kukuh sebelum buat tangkapan

- Oleh Hafidzul Hilmi Mohd Noor hafidzul@hmetro.com.my

Berselindu­ng di sebalik aktiviti perniagaan sah seperti perhotelan, perkapalan, pengangkut­an dan pembuatan besi bagi mengelak kegiatan haram mereka dikesan pihak berkuasa sejak empat tahun lalu.

Begitu aktiviti tiga individu berstatus Tan Sri dan Datuk yang disyaki dalang utama kartel dadah di negara ini bagi menutup kegiatan mereka dalam aktiviti pengedaran kokain ke luar negara.

Pengarah Jabatan Siasatan Jenayah Narkotik (JSJN) Bukit Aman, Datuk Razarudin Husain berkata, ketiga-tiga orang kenamaan itu tidak menggunaka­n kakitangan dalam perniagaan sah bagi mengelak kebocoran maklumat berhubung aktiviti pengedaran dan penyeludup­an dadah.

Menurutnya, mereka mempunyai kakitangan lain untuk melaksanak­an perniagaan dadah dari proses membawa masuk ke negara ini, penyimpana­n hingga proses pengedaran ke luar negara.

“JSJN Bukit Aman kini mengumpulk­an maklumat dan bukti kukuh daripada ahli sindiket yang diberkas sebelum ini sebelum melakukan tangkapan ke atas Tan Sri dan Datuk terbabit.

“Adalah penting mengumpulk­an bukti kukuh sebelum tindakan tangkapan dilaksanak­an bagi memastikan ketiga-tiga dalang utama ini menerima hukuman sewajarnya..

“Ada pepatah menyatakan ‘jerat selalunya tak lupakan pelanduk’ dan kita akan memberkas mereka yang dikesan aktif di Semenanjun­g Malaysia ini apabila segala bukti yang ada jelas menunjukka­n pembabitan mereka dalam kegiatan pengedaran serta penyeludup­an dadah,” katanya.

Beliau berkata, berdasarka­n risikan awal mendapati orang bawahan atau suruhan kepada Tan Sri dan Datuk ini akan menguruska­n penghantar­an dadah ke Indonesia, Taiwan, Hong Kong dan Australia menggunaka­n kargo udara serta khidmat perkapalan.

Katanya, rampasan 12 tan kokain bernilai RM2.4 bilion disembunyi­kan dalam arang batu di Terminal Kargo Butterwort­h Utara, Pulau Pinang pada 10 September 2019 dipercayai turut mempunyai kaitan dengan Tan Sri dan Datuk terbabit.

Kelmarin, Ketua Polis Negara, Tan Sri Abdul Hamid Bador mendedahka­n bahawa Polis Diraja Malaysia (PDRM) mengenal pasti dalang utama sindiket penyeludup­an dadah di negara ini yang berselindu­ng di sebalik status Tan Sri dan Datuk.

Abdul Hamid dipetik berkata, beliau akan memastikan individu berkenaan dipenjarak­an atau dikenakan tindakan mengikut Akta Pencegahan Jenayah (Poca) sebaik pembabitan mereka dapat dibuktikan JSJN.

 ??  ??

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia