Harian Metro

KEMBAR TIGA ABDUL TERUJA

Tiga kembar lelaki tak sabar masuk tahun satu

- Oleh Mohamed Farid Noh am@hmetro.com.my

Tiga kembar lelaki di Kampung Melayu Raya, Pekan Nanas di sini, teruja dan tidak sabar untuk memulakan alam persekolah­an mereka hari ini.

Abdul Raqib, Abdul Raauf dan Abdul Rafik akan memulakan persekolah­an di tahun satu di Sekolah Kebangsaan Kampung Melayu Raya, Pekan Nanas selepas mengikuti proses pengajaran dan pembelajar­an di rumah (PdPR) sejak 20 Januari lalu.

Bapa mereka, Abdul Razak Abd Wahab, 41, berkata, dia dan isteri, Susilawati Saharuddin, 36, lega apabila Kementeria­n Pendidikan Malaysia (KPM) mengumumka­n sesi persekolah­an murid prasekolah, tahun satu dan dua bermula hari ini.

Katanya, ketika PdPR lalu, kerja sekolah tiga anak kembarnya yang juga anak keempat daripada lapan beradik itu dipantau oleh anak sulung, Rabiatul Adawiah, 17, kerana mereka berdua tidak mempunyai tahap kesabaran tinggi dalam mengajar anak-anak.

“Alhamdulil­lah, esok (hari ini) mereka bakal memulakan sekolah di tahun satu selepas pembelajar­an mereka di taman didikan kanak-kanak (tadika) tahun lalu hanya berlangsun­g beberapa bulan disebabkan wabak Covid-19.

“Kami sekeluarga sebenarnya sudah teruja sejak anak kembar tiga saya dilahirkan sehinggala­h mereka ke tadika dan esok (hari ini) tahun satu pula, malah ketiga-tiga mereka yang digelar Tiga Abdul itu juga tidak sabar untuk ke sekolah sejak baju sekolah dibelikan minggu lalu.

“Walaupun teruja namun saya tetap risau kerana mereka mula bersekolah di saat wabak Covid-19 belum reda namun guru sekolah sudah memberi pendedahan awal kepada murid-murid baharu mengenai penjarakan fizikal, memakai pelitup muka, sentiasa mencuci tangan atau memakai cecair pembasmi kuman. “Kami juga risau kerana seorang daripada anak kembar, Abdul Rafik mengalami masalah cerebral palsy membabitka­n kedua-dua kakinya sejak lahir sekali gus membataska­n pergerakan­nya,” katanya ketika ditemui di rumahnya, semalam.

Mengenai kos barang kelengkapa­n persekolah­an termasuk baju sekolah dan kasut, Abdul Razak berkata, beliau membelanja­kan RM1,500 untuk ketiga-tiga anak kembarnya itu.

“Ia membabitka­n yuran sekolah kebangsaan dan sekolah agama, pakaian sekolah dan buku mereka,” katanya.

Mengulas lanjut, ibu kembar berkenaan, Susilawati berkata, beliau juga selalu berpesan kepada Abdul Raqib dan Abdul Raauf supaya sentiasa membantu Abdul Rafik yang mengalami masalah Cerebral Palsy.

Katanya, ini kerana pergerakan Abdul Rafik agak

Kami sekeluarga sebenarnya sudah teruja sejak anak kembar tiga saya dilahirkan

Abdul Razak

perlahan dan terbatas terutama ketika berjalan, memakai baju, seluar dan kasut serta aktiviti membabitka­n pergerakan.

“Doktor pakar menyaranka­n Abdul Rafik bersekolah khas di Johor Bahru untuk kanak-kanak sepertinya namun kerana jarak sekolah yang jauh serta tidak mahu memisahkan mereka bertiga, kami memutuskan untuk menghantar­nya ke sekolah yang sama, SK Kampung Melayu Raya,” katanya.

 ??  ??
 ??  ?? KEMBAR tiga, Abul Raauf (kanan), Abdul Raqib (kiri) dan Abdul Rafik menyediaka­n peralatan sekolah di rumah mereka di Kampung Melayu Raya.
KEMBAR tiga, Abul Raauf (kanan), Abdul Raqib (kiri) dan Abdul Rafik menyediaka­n peralatan sekolah di rumah mereka di Kampung Melayu Raya.
 ??  ?? SUSILAWATI (kiri) bersama Abdul Razak bersama tiga anak kembar mereka.
SUSILAWATI (kiri) bersama Abdul Razak bersama tiga anak kembar mereka.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia