Harian Metro

TAKDIR5HAR­I

Kanak-kanak lemas di Sungai Skudai selalu mimpi arwah datuknya sebelum terkorban

- Oleh Omar Ahmad am@hmetro.com.my

Pemergian dua insan tersayang dalam tempoh lima hari. Itu dugaan berat terpaksa ditanggung Nur Syafariena Fazuera Ishak,28, apabila kehilangan bapa akibat penyakit kronik pada Selasa lalu dan anak sulung berusia sembilan tahun pula lemas di Sungai Skudai, Johor kelmarin. Menurutnya, perasaan sedih itu tidak boleh digambarka­n dengan kata-kata tetapi dia reda dengan ujian Allah ini, lapor Omar Ahmad

“Arwah atuk selalu datang dalam mimpi dan panggil Bulat. Bulat sayang sangat pada atuk,” itu yang sering diberitahu mangsa lemas, Putra Ahmad Danial Abdullah, 9, kepada ibunya, Nur Syafariena Fazuera Ishak, 28.

Menurut Nur Syafariena Fazuera, anak sulungnya yang mesra dipanggil Bulat sangat rapat dengan arwah bapanya yang meninggal dunia, Selasa lalu.

“Selasa lalu, saya kehilangan ayah akibat penyakit kronik, hari ini saya kehilangan anak pula. Perasaan sedih itu tidak boleh digambarka­n, tetapi saya reda dengan ujian Allah.

“Sepanjang minggu ini (lalu), Bulat selalu cerita dia sering termimpika­n arwah atuk yang memanggiln­ya.

“Bulat memang rapat dengan arwah ayah saya kerana hanya insan itu yang benar-benar menyayangi­nya sejak dia kecil lagi,” katanya ketika ditemui di Hospital Sultanah Aminah di sini, semalam.

Putra Ahmad Danial dan rakannya meninggal dunia selepas lemas di Sungai Skudai berhampira­n Kampung Batu 8, dekat sini, kelmarin.

Menurutnya, dia tidak sangka anaknya berjalan kaki dan bermain sejauh lebih satu kilometer dari rumah mereka hingga ke Sungai Skudai.

“Biasanya anak saya bermain di sekitar kawasan rumah kedai yang menjadi tempat tinggal kami di Jalan Jelawat, Kampung Baru Skudai.

“Saya sedang menjaga anak perempuan berusia dua tahun ketika itu. Pada jam 5 petang, masih kedengaran suaranya bermain bersama rakan berbangsa Cina (Osmond Chan Wu

Ye, 8) yang dipanggiln­ya ‘kawan syurga.’

“Kanak-kanak lelaki itu adalah kawan baharu anak selepas kami berpindah dari Senai, bulan lalu. Saya sendiri tidak tahu terdapat sungai di kakatanya. wasan ini,”

Nur Syafariena Fazuesebel­um ra berkata, ini

dia ada berpesan kepada Putra Ahmad Danial supaya bermain puas-puas sepersekol­akerana belum sesi han bermula seberlangp­erlu baik sesi itu sung, dia menguaktiv­iti rangkan berfokus main dan kepembelaj­aran. pada “Memang terkejut dengan pemergian anak kerana sebelum ini saya berpesan kepada dia supaya main puas-puas kerana bila sudah seperlu kolah kurangkan berSaya main. tisangka dak dia bermain sehingga tidak pulang lagi ke rumah. “Sebelum ini dia ada juga bertanya, kalau Bulat meninggal dunia, ibu akan ikut Bulat sekali tak? Dia budak-budak lagi, jadi saya pujuk dia, mesti ibu ikut sebab ibu sayang Bulat,” katanya sambil mengesat air mata yang mengalir.

Sementara itu, bapa tirinya, Mohd Hamdan Baharuddin, 36, berkata, sebaik menyedari Putra Ahmad Danial tiada di sekitar kawasan kediaman mereka, dia segera mencari namun gagal menemui mangsa.

Katanya, selepas puas mencari, dia bergegas ke balai polis berhampira­n untuk bertanya mengenai anak tirinya itu sebelum dimaklumka­n terdapat dua kanak-kanak lemas di Sungai Skudai.

“Saya tidak tahu dia boleh berjalan kaki sebegitu jauh. Saya cuba cari di merata tempat sehingga hilang punca dan terus ke balai polis berhampira­n untuk bertanya.

“Sebaik dimaklumka­n polis terdapat dua kanak-kanak lemas di Sungai Skudai, saya terus bergegas ke lokasi dan sedih apabila melihat jasadnya,” katanya.

Bulat memang rapat dengan arwah ayah saya Nur Syafariena

 ??  ??
 ??  ?? HAMDAN (kiri) bersama Nur Syafariena Fazuera di Jabatan Forensik Hospital Sultanah Aminah (HSA) untuk menuntut jenazah Putra Ahmad Danial yang lemas bersama rakannya di Sungai Skudai.
ANGGOTA penyelamat membawa naik mayat kanak-kanak yang lemas di Sungai Skudai.
ALLAHYARHA­M Putra Ahmad Danial rapat dengan arwah datuknya.
HAMDAN (kiri) bersama Nur Syafariena Fazuera di Jabatan Forensik Hospital Sultanah Aminah (HSA) untuk menuntut jenazah Putra Ahmad Danial yang lemas bersama rakannya di Sungai Skudai. ANGGOTA penyelamat membawa naik mayat kanak-kanak yang lemas di Sungai Skudai. ALLAHYARHA­M Putra Ahmad Danial rapat dengan arwah datuknya.
 ??  ?? OPERASI mengesan dua mangsa lemas di Sungai Skudai.
JASAD mangsa lemas berjaya ditemui unit penyelam.
OPERASI mengesan dua mangsa lemas di Sungai Skudai. JASAD mangsa lemas berjaya ditemui unit penyelam.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia