Harian Metro

MAYAT KE-3 DITEMUI

-

Mayat kanak-kanak yang hilang ketika mandi di Pantai Sungai Ular di sini, kelmarin ditemukan jam 12.45 tengah hari semalam.

Komander Operasi Balai Bomba dan Penyelamat Gebeng Rosdan Zakaria berkata, mayat Mohd Fazrul Hakimi Mohd Ariffin, 11, ditemukan oleh orang awam kira-kira 1.5 kilometer dari lokasi kejadian.

“Sejurus menerima maklumat mengenai penemuan mangsa, pasukan bomba bersama anggota polis yang terbabit dengan operasi mencari dan menyelamat (SAR) bergegas ke lokasi kejadian.

“Mayat mangsa yang dibawa naik dari pesisir pantai kemudianny­a diserahkan kepada pihak polis untuk tindakan lanjut dan dengan penemuan mayat mangsa terakhir itu, operasi SAR tamat jam 1.20 tengah hari,” katanya kepada Bernama ketika ditemui di lokasi kejadian.

Dalam kejadian jam 5.45 petang kelmarin, Fitrah Dhia Zahraa’ Zaidi, 9, dan jirannya, Nor Najuwa Mohd Ariffin, 13, yang juga kakak kepada Mohd Fazrul Hakimi ditemukan lemas selepas mereka bersama-sama ahli keluarga ke pantai yang terletak kurang 200 meter dari rumah mereka.

Fitrah Dhia Zulaikha, 13, yang merupakan kakak kepada Fitrah Dhia Zahraa’ juga hampir lemas ketika cuba menyelamat­kan adiknya, bagaimanap­un diselamatk­an oleh orang awam.

Sementara itu, Mohd Zaidi Jusoh, 38, yang menemukan mayat mangsa terakhir itu ketika ditemui berkata, dia yang baru pulang daripada bertugas di Gebeng di sini, melalui jalan berkenaan kerana mengetahui terdapat mangsa lemas di kawasan pantai di situ.

“Ketika lalu saya nampak benda hitam seperti kepala dan sejurus mendekati objek tersebut ia adalah mangsa yang berada dalam keadaan meniarap.

“Kanak-kanak itu, seolah-olah dibawa naik ke pesisir pantai dengan pukulan ombak...saya menghubung­i kawan untuk memaklumka­n perkara itu sebelum pasukan keselamata­n tiba,” katanya.

 ??  ?? MANGSA terakhir, Mohd Fazrul Hakimi berjaya ditemui.
MANGSA terakhir, Mohd Fazrul Hakimi berjaya ditemui.
 ??  ?? JENAZAH Fitrah Dhia Zahraa dan Nor Najuwa diratapi ahli keluarga selepas ditemui lemas ketika mandi di Pantai Sungai Ular, kelmarin.
JENAZAH Fitrah Dhia Zahraa dan Nor Najuwa diratapi ahli keluarga selepas ditemui lemas ketika mandi di Pantai Sungai Ular, kelmarin.
 ??  ?? SUASANA sayu ketika penemuan dua mangsa lemas.
SUASANA sayu ketika penemuan dua mangsa lemas.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia