Harian Metro

Bunuh anak perempuan

Suami isteri dihukum ke tali gantung, dua anak pasangan terbabit dibebas

- Oleh Zatul Iffah Zolkiply zatuliffah@hmetro.com.my

Mahkamah Tinggi di sini, semalam menjatuhka­n hukuman gantung sampai mati terhadap pasangan suami isteri selepas didapati bersalah membunuh anak perempuan mereka yang berusia 22 tahun.

Hakim Datuk Zainal Azman Abd Aziz membuat keputusan itu terhadap Anuar Yusof, 55, dan isterinya, Murni Ahmad, 40, yang juga ibu tiri mangsa selepas mendapati pihak pembelaan gagal menimbulka­n keraguan munasabah terhadap kes pendakwaan.

Bagaimanap­un, dua lagi anak pasangan berkenaan iaitu Siti Sarah Anuar, 26, dan Amir Sharif Anuar, 19, dilepas serta dibebaskan selepas didapati tidak bersalah bagi pertuduhan yang sama.

Mengikut pertuduhan, keempat-empat tertuduh didakwa secara bersama-sama membunuh, Siti Hajar di Jalan Air Putih, Taman Semarak, Binjai di Chukai jam 10.45 malam pada 26 April 2016.

Bagi kesalahan itu, mereka didakwa melakukan kesalahan mengikut Seksyen 302 Kanun Keseksaan kerana membunuh yang memperuntu­kkan hukuman mengikut Seksyen 35 akta sama.

Pendakwaan kes dikendalik­an Timbalan Pendakwa Raya Zulfazliah Mahmud, manakala semua tertuduh diwakili peguam, Masliela

Ismail.

Tragedi pembunuhan itu dikesan selepas polis curiga dengan laporan kematian dibuat bapa gadis itu.

Dalam laporan yang dibuat, mangsa dikatakan mengalami sakit biasa, tetapi terdapat kesan gigitan di badan selain lebam di mata, sekali gus membongkar tindakan yang dilakukan ahli keluargany­a sendiri.

Siasatan awal polis juga mendapati keadaan fizikal mangsa terlalu kurus iaitu dengan berat hanya 18 kilogram seperti tidak cukup makan.

Susulan itu, empat beranak terbabit ditahan di rumah keluarga berkenaan jam 1.50 pagi, 1 Mei 2016.

 ??  ?? PASANGAN suami isteri, Anuar dan Murni dihukum gantung oleh Mahkamah Tinggi selepas didapati bersalah membunuh anak perempuan mereka berusia 22 tahun.
PASANGAN suami isteri, Anuar dan Murni dihukum gantung oleh Mahkamah Tinggi selepas didapati bersalah membunuh anak perempuan mereka berusia 22 tahun.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia