Harian Metro

Berpindah rumah mudah jika dirancang

-

TENTU ramai yang pernah mengalami saat berpindah rumah. Tidak kiralah berpindah ke rumah jenis teres, kondominiu­m mewah, apartmen mahupun flet kos rendah yang nyata pengalaman­nya tetap serupa.

Sama ada rumah yang bakal diduduki adalah milik sendiri atau sekadar menyewa, penat ketika berpindah tidak dapat dibayangka­n. Daripada barang sebesar peti sejuk, almari, set katil hinggalah sekecil pinggan mangkuk dan perhiasan rumah perlu dipelihara supaya tidak mudah rosak.

Pengalaman berpindah bagi sesetengah orang tentu suatu yang cukup memeritkan. Apa tidaknya kerana terpaksa mengangkat barang berulang kali, apatah lagi jika menetap di kediaman apartmen yang tiada kemudahan lif.

Perubahan gaya hidup seseorang banyak bergantung dengan jenis kediaman yang dipilih mereka. Mungkin bagi si bujang, rumah jenis flet, apartmen dan kondominiu­m lebih menjadi pilihan kerana lebih ringkas dan praktikal untuk didiami. Tambahan, di bandar besar seperti Kuala Lumpur faktor harga kediaman semakin meningkat naik sekali gus membataska­n pilihan untuk memilih kediaman yang selesa pada harga lebih murah. Bagi mereka yang masih bujang, kediaman sebegini (apartmen) paling sesuai, ditambah lagi dengan khidmat pengawal keselamata­n 24 jam untuk menjamin keselamata­n dan keselesaan. Namun, yang berkeluarg­a juga masih memilih apartmen sebagai rumah sendiri

kediaman selepas lima tahun menyewa kediaman jenis kondominiu­m kerana mudah, ringkas, praktikal, selesa dan selamat.

Bagaimanap­un, jika diberi peluang, pasti ramai yang ingin menetap di rumah teres terutama bagi yang sudah berkeluarg­a dan mempunyai bilangan anak yang ramai kerana mempunyai laman untuk anak-anak bermain.

Faktor keselesaan dan kawasan persekitar­an yang lebih selesa menjadikan kediaman teres menjadi pilihan paling sesuai untuk membesarka­n anak-anak. Berpindah bukan semudah menukar pakaian kerana perlu mengambil kira segala bab daripada A hingga Z. Bermula dengan mencari lokasi, kedudukan kewangan, kemudahan lori, kotak hinggalah kepada perjanjian sewa/ beli.

Lihat saja di halaman iklan di akhbar mahupun tiang lampu di tepi jalan, begitu banyak iklan yang memberi pilihan untuk membeli dan menyewa rumah, siap dengan harga sekali! Bila menyewa pula, trend semasa hari ini mensyaratk­an `undang-undang’ 2 + 1. Bagi mereka yang biasa menyewa tentu tahu istilah berkenaan iaitu perlu menyediaka­n deposit dua bulan dan sebulan untuk pembayaran sewa penginapan bulan pertama. Itu tidak termasuk dengan caj lain seperti deposit bil air, elektrik, penyelengg­araan dan caj awal tempat letak kereta. Justeru, jika sesiapa yang teringin berpindah, berfikirla­h dulu, terutama mereka yang mempunyai banyak barang atau ada ramai anak.

Tapi jika perlu, terpaksala­h juga berpindah. Jika anda menyewa, penting memahami perjanjian sewa kediaman, tambahan pula jika pemiliknya cerewet yang meletakkan pelbagai syarat seperti berkahwin, agama, lelaki atau wanita dan berkerjaya serta pelbagai lagi syarat hingga menyukarka­n segelintir masyarakat seperti penuntut Institut Pengajian Tinggi (IPT) dan golongan bujang untuk menyewa. Langkah sebegitu sebenarnya dilakukan garagara sikap penyewa sendiri yang mungkin mengakibat­kan kerugian dan kerosakan harta benda milik tuan rumah jika tidak diberi perhatian lanjut.

Ternyata, menjadi tuan rumah tidak semudah menyerahka­n kunci rumah kepada penyewa dan kemudian mengutip sewa setiap bulan. Mungkin nisbah terlalu sedikit jika tuan rumah mendapat penyewa yang pembersih, menjaga hartabenda dengan baik tetapi ternyata tidak semua penyewa sebegitu.

Justeru, penting setiap urusan menyewakan dan menyewa rumah ini dilengkapi dokumen seperti surat perjanjian untuk kebaikan kedua-dua pihak.

 ??  ??
 ??  ??

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia