Harian Metro

HARUNGICAB­ARAN BAHARU

Tetap optimis biarpun tidak lagi bersama BAM

- Oleh Aida Adilah Mat aida_adilah@hmetro.com.my

Selepas tidak lagi berada di bawah naungan Persatuan Badminton Malaysia (BAM) bermula semalam pemain persoranga­n wanita negara itu berharap sokongan serta doa daripada semua pihak untuk meneruskan pencapaian lebih cemerlang dalam kerjaya badminton di peringkat tempatan dan antarabang­sa. Soniia antara lima pemain senior yang disingkirk­an BAM pada awal

Februari lalu, lapor Aida Adilah Mat

“Saya sentiasa berterima kasih kepada BAM (Persatuan Badminton Malaysia) di atas segala sokongan terhadap saya dan pemain lain.

“Mungkin saya tidak lagi berada di bawah BAM, tapi saya pasti semua itu akan dilalui namun dengan cara berbeza,” kata Soniia Cheah.

Kelmarin permulaan karier baharu buat pemain badminton perseorang­an wanita negara itu yang tidak lagi bernaung di bawah BAM.

Namun ia bukan penamat karier buatnya, malah satu permulaan apabila bergelar pemain profesiona­l negara.

Soniia dalam status dimuat naik dalam laman Facebookny­a mengucapka­n terima kasih kepada BAM kerana sentiasa memberi sokongan kepada semua pemain negara.

“Saya pasti ramai yang tahu saya tidak lagi bersama BAM, semalam (kelmarin) adalah hari terakhir saya menjalani latihan di BAM.

“Jalan baharu akan dilalui dan terima kasih atas sokongan anda semua yang membantu saya melalui jalan ini,” katanya.

Soniia membuat penampilan­nya di Terbuka Swiss dari 2 hingga 7 Mac sebelum beraksi di Seluruh England sebagai pemain profesiona­l negara pada 17 hingga 21 Mac.

Dia meneruskan kariernya dan kini ditaja RedONE Top Glove Corporatio­n Bhd yang memberi peluang kepadanya mengejar impian.

“Doakan saya terus berjaya membina kerjaya kerana Soniia Cheah baharu saja bermula,” katanya.

Terdahulu pada 7 Februari lalu BAM mengumumka­n penyingkir­an lapan pemain membabitka­n lima pemain senior dan empat pemain dalam skuad pelapis.

Mereka adalah Goh Soon Huat, Shevon Lai, Lai Pei Jing (beregu campuran), Soniia (perseorang­an wanita) dan Vivian Hoo (beregu wanita) yang mana mereka kini tidak lagi bernaung di bawah

BAM.

Jalan baharu akan dilalui dan terima kasih atas sokongan anda semua

Soniia

 ??  ??
 ??  ??

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia