Harian Metro

Pasangan kekasih didakwa bunuh anak

Tiada pengakuan tertuduh direkodkan di Mahkamah Majistret

-

Sepasang kekasih dihadapkan ke Mahkamah Majistret Bandar Baru Bangi di sini, semalam atas pertuduhan membunuh seorang kanak-kanak lelaki berusia empat tahun yang juga anak kandung tertuduh wanita, bulan lepas.

N Tanabalan, 27, dan teman wanitanya K Puvaneswar­y, 30, yang kelihatan tenang, menggeleng­kan kepala apabila ditanya jurubahasa sama ada mereka faham Bahasa Melayu atau tidak di hadapan Hakim Effandi Nazila Abdullah, yang bertindak sebagai Majistret.

Kedua-dua tertuduh, yang tidak diwakili peguam kemudianny­a mengangguk faham selepas pertuduhan dibacakan dalam Bahasa Tamil.

Namun, tiada pengakuan direkodkan daripada pasangan itu kerana kes bunuh di bawah bidang kuasa Mahkamah Tinggi.

Mengikut pertuduhan, Tanabalan dan Puvaneswar­y didakwa dengan niat bersama dengan sengaja membunuh S Dhevanesh di sebuah rumah di Pangsapuri Simfoni, Semenyih, antara 14 Februari dan 18 Februari lepas, mengikut Seksyen 302 Kanun Keseksaan dan dibaca bersama Seksyen 34 kanun sama yang membawa hukuman gantung sampai mati jika sabit kesalahan.

Timbalan Pendakwa Raya Muhammad Fauzan Mohd Nor memohon tarikh sebutan sementara menunggu laporan kimia, asid deoksiribo­nukleik (DNA) dan bedah siasat mangsa.

Mahkamah kemudianny­a menetapkan 31 Mac ini untuk sebutan semula kes.

Sebelum prosiding bermula, polis meminta anggota keluarga kedua-dua tertuduh menunggu di luar bagi memastikan mahkamah tidak sesak dan seorang lelaki yang mengaku bapa kepada mangsa dibenarkan mendengar prosiding.

Media sebelum ini melaporkan seorang wanita dan lelaki ditahan pada 18 Februari lepas, susulan kematian seorang kanak-kanak lelaki berusia empat tahun yang juga anak kandung suspek wanita.

Mereka ditahan selepas kanak-kanak malang itu dibawa ibunya ke Jabatan Kecemasan Hospital Kajang dalam keadaan tidak sedarkan diri untuk menerima rawatan dan kanak-kanak itu kemudianny­a disahkan meninggal dunia. Pemeriksaa­n lanjut mendapati mangsa mengalami kecederaan dan terdapat kesan lebam di beberapa bahagian badan.

 ??  ?? PUVANESWAR­Y (kiri) dan teman lelakinya Tanabalan (belakang) dibawa ke Mahkamah Majistret Bandar Baru Bangi, semalam.
PUVANESWAR­Y (kiri) dan teman lelakinya Tanabalan (belakang) dibawa ke Mahkamah Majistret Bandar Baru Bangi, semalam.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia