Harian Metro

KEMBAR TERPISAH

Pasangan adik beradik sekolah sama tetapi berlainan kelas

- Oleh Redzuan Muharam redzuan.muharam@hmetro.com.my

Pasangan kembar tahun satu, Nur Dini Aliya dan adiknya Nur Dini Afiya, 7, buat pertama kalinya ‘terpisah’ apabila ditempatka­n di sekolah sama tetapi kelas yang berlainan.

Namun, mereka berdua teruja, malah tidak kekok menyesuaik­an diri bagi menjalani sesi persekolah­an secara bersemuka di Sekolah Kebangsaan (SK) Putra Heights 2, di sini, yang bermula jam 1.20 tengah hari semalam.

Ibu mereka, Nurbahiah Mat Zaki, 36, berkata, keterujaan Nur

Dini Aliya dan Nur Dini

Afiya sedikit sebanyak menghilang­kan kebimbanga­nnya untuk melepaskan adik-beradik kembar itu ke sekolah dalam situasi pandemik Covid-19 yang belum reda.

Sebagai ibu, Nurbahiah menaruh kepercayaa­n kepada guru dalam mengendali­kan dan memastikan murid mengikut prosedur operasi standard (SOP) ditetapkan.

“Bagi saya, Covid-19 menyebabka­n banyak perkara berubah antaranya kita sebagai ibu tidak dapat melihat anak di dalam kelas dan hari pertama mereka beratur membeli makanan di kantin.

“Namun, saya tawakal saja dan syukur kerana anak teruja, malah tidak menangis ketika dihantar ke sekolah agama pagi tadi (semalam).

“Keyakinan saya juga bertambah selepas menonton video dikongsika­n guru yang menunjukka­n bagaimana mereka menjaga SOP dengan ketat,” katanya ketika ditemui di rumahnya dekat Putra Heights, di sini. Sementara itu, suaminya, Mohd Faiz Mohamed

Roduan, 36, mengakui risau memikirkan keadaan anak kembarnya yang akan menjalani sesi persekolah­an dalam tempoh pandemik. “Jujurnya, saya risau melepaskan mereka (anak) ke sekolah dalam keadaan kes yang makin tinggi. “Namun, kerajaan mengambil langkah yang tepat kerana bagi saya, sesi pengajaran dan pembelajar­an (P&P) secara bersemuka lebih baik kerana pembelajar­an menerusi gajet saja tidak memadai “Cuma, kemasukan sekolah tahun ini sangat berbeza apabila ibu bapa hanya dapat menghantar anak sampai ke pintu pagar sekolah saja,” katanya.

Saya tawakal saja dan syukur kerana anak teruja Nurbahiah

 ??  ?? NUR Dini Aliya dan Nur Dini Afiya ceria sebelum ke sekolah.
NUR Dini Aliya dan Nur Dini Afiya ceria sebelum ke sekolah.
 ??  ?? MOHD Azman (dua dari kanan) menyambut ketibaan murid prasekolah dan tahun satu di Jeti SK Pulau Beluru, semalam.
MOHD Azman (dua dari kanan) menyambut ketibaan murid prasekolah dan tahun satu di Jeti SK Pulau Beluru, semalam.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia