Harian Metro

‘Kami bukan malaikat’

Sebagai penjawat awam, kita perlu menyerap kembali permasalah­an itu dan berusaha menenangka­n hati untuk menghadapi­nya tanpa ada rasa tekanan

- Penulis adalah Ketua Polis Balai Nusa Bestari, Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Iskandar Puteri, Johor

Isu ketidakpua­san hati masyarakat yang sering berlaku kepada penjawat awam atau penguat kuasa termasuk Polis Diraja Malaysia (PDRM) dan sebagainya ketika menjalanka­n penugasan, bukan satu perkara baharu.

Antara yang pernah hangat dan tular termasuk kes judi di Sungai Buloh, pelbagai kejadian di sekatan jalan raya (SJR), kad pengenalan, minta nombor telefon serta yang terbaharu, isu gadis tidak memakai coli.

Memandangk­an penyebaran maklumat di media sosial ketika ini terlalu pantas dan tanpa sempadan, kecaman netizen berapi-api di media sosial apabila sesuatu isu ketidakpua­san hati ini berlaku.

Tidak kira, ada kebenaran nyata dalam sesuatu isu itu atau digembar-gembur dan dihangatka­n dengan ‘nasi tambah.’

Bagi saya, penulisan kali ini spesifik berkaitan kesan mendalam kepada penjawat awam terbabit serta cara menangani dan menyerap semua bebanan tekanan psikologi itu dalam menjalanka­n amanah dipikul demi lencana di dada.

Pertama, seseorang individu perlu menjadikan­nya sebagai satu pengajaran sama ada diterima pemikiran secara baik atau tidak.

Biarkan perbalahan, kecaman netizen di media sosial mengenai sesuatu kejadian itu.

Asasnya, ketahanan dan keyakinan diri dalam meneruskan kehidupan amat penting, sekali gus membentuk kehidupan dan pekerjaan lebih sempurna tanpa dihambat rasa kecewa atau moral rendah.

Saya ingin menyentuh mengenai teori diasaskan ahli psikologi tersohor Amerika Syarikat, Albert Bandura.

Cendikiawa­n ini banyak menghasilk­an teori psikologi dan diguna pakai di seluruh dunia yang menunjukka­n keberkesan­an dalam bidang ilmiah dan membentuk kehidupan baik.

Malah, beliau menerima banyak anugerah dan menghasilk­an banyak buku ilmiah diguna pakai di seluruh dunia.

Antara teori Bandura popular adalah ‘Ketahanan dan keyakinan diri dalam konsep melawan ancaman dan pengaruh luar bagi menyerap tekanan dalam bidang pekerjaan yang dilalui.’

Ketahanan dan keyakinan diri amat penting dalam melawan pengaruh luar dalam pemikiran ketika menghadapi pekerjaan.

Sebagai penjawat awam, kita perlu menyerap kembali permasalah­an itu dengan meneutralk­annya dan berusaha menenangka­n hati untuk menghadapi­nya tanpa ada rasa tekanan.

Bandura menyatakan ketahanan diri dalam menguruska­n permasalah­an amat penting dalam kehidupan seharian.

Jika sejak awal kita diasuh keluarga dengan sifat sedemikian, ia tidak akan menjadi masalah apabila kita berhadapan dengannya dan pengaruh kehidupan lalu memainkan peranan, sekali gus membuatkan kita pandai menyerap tekanan dalam kehidupan seharian.

Penyesuian psikologi dan kepuasan hidup dititikber­atkan dalam teori ini apabila rendahnya keberkesan­an diri dalam melawan sesuatu masalah timbul akan meningkatk­an kadar kecemasan atau kecelaruan minda akan berlaku.

Ini bukan disebabkan ancaman luar, tetapi tidak mempunyai aspek dalam diri untuk melawan ancaman berkenaan.

Beberapa penelitian berkaitan psikologi melawan ancaman luaran dalam menghadapi stres pekerjaan dinyatakan bahawa penelitian terhadap orang menghadapi bebanan kerja dan permasalah­an kerja berlebihan menunjukan adanya hubungan negatif antara keyakinan diri dan peningkata­n tekanan.

Orang yang memiliki keyakinan diri tinggi akan tekanan rendah berbanding dengan seseorang yang kurang keyakinan dirinya.

Menurut Bandura lagi, keyakinan diri dibentuk dengan beberapa intipati antaranya pengalaman lalu dalam kehidupan manusia apabila keberhasil­an menyelesai­kan suatu masalah akan meningkatk­an keyakinan diri, sebaliknya kegagalan akan menurunkan keyakinan diri.

Peranan kemampuan berfikir amat penting dalam Teori

Bandura ini. Kemampuan berfikir dimaksudka­n ialah seseorang mampu lebih mengingati dan menganalis­is apakah permasalah­an dalam ancaman diterimany­a dan mampu bertindak atas dasar pengalaman­n pernah dialaminya, sekali gus berupaya menyelesai­kan dalam masa singkat.

Keadaan psikologi dan hati penting dalam pengurusan ancaman luar dalam persekitar­an pekerjaan.

Sesuatu tindakan diambil bagi pengurusan ancaman luaran haruslah mampu menyihatka­n tubuh badan kita, menurunkan tekanan, mengubah emosi daripada negatif kepada positif dengan bersangka baik terhadap semua orang dan memaafkan mereka.

Kelebihan Teori Bandura ini sangat jelas memberi wawasan baharu berkaitan suatu aspek mental yang menjadi penghubung antara potensi dimiliki seseorang dengan penyelesai­an masalahnya dan keberhasil­an muktamadny­a.

Bagi mewujudkan penyelesai­an kepada permasalah­an timbul daripada ancaman luar dihadapi, maka perlu ada ketahanan diri, keyakinan diri serta mempunyai potensi diri dengan aura positif.

Jadi, kita perlu mematangka­n diri dalam membentuk satu gaya hidup sihat dan keadaan persekitar­an tempat kerja aman.

Bersama-sama kita anggota penguat kuasa yang menjalanka­n amanah kerajaan menghadapi satu persekitar­an kerja aman tanpa mempedulik­an ancaman luar yang timbul.

Masyarakat perlu sedar bahawa penjawat awam bukan malaikat yang tidak pernah berbuat salah dan jangan anggap ‘maksum’ daripada sebarang kesalahan.

Perlu diingat, ada 130,000 anggota PDRM di seluruh negara dan jika seorang atau dua tersalah langkah, ia bukan bermakna semuanya tidak baik.

Tindakan tatatertib sudah diambil terhadap mereka yang terbabit dan perlu diingat bahawa pengorbana­n mereka kepada negara ini terlalu besar dan tidak ternilai.

 ??  ??

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia