Harian Metro

Bicara secara maya ketika sibuk lakukan pembedahan

-

Los Angeles: Lembaga Perubatan California menjalanka­n siasatan terhadap seorang pakar bedah plastik yang muncul dalam sidang video perbicaraa­n di mahkamah ketika lelaki itu mengendali­kan pembedahan.

Portal The Sacramento Bee melaporkan Dr Scott Green muncul dalam perbicaraa­n secara maya oleh Mahkamah Tinggi Sacramento pada Selasa lalu

Prosiding itu tidak diadakan secara bersemuka bagi mengekang penularan Covid-19 di negeri itu.

Ketika perbicaraa­n, doktor berkenaan sedang menjalanka­n prosedur pembedahan sambil kedengaran bunyi mesin degupan jantung.

“Hello Encik Green...anda lapang untuk perbicaraa­n?

“Anda kelihatan seperti di dalam bilik bedah sekarang?” soal jurucakap mahkamah.

Green kemudian memaklumka­n dia berada di dalam bilik pembedahan dan bersedia untuk perbicaraa­n.

“Ya tuan, saya berada di dalam bilik bedah dan perbicaraa­n boleh dijalankan,” katanya.

Kerani mahkamah mengingatk­an Green bahawa prosiding perbicaraa­n berkenaan akan disiarkan secara langsung seperti dituntut menerusi undang-undang.

Green kelihatan sempat menundukka­n kepala sambil melakukan sesuatu sementara menunggu kehadiran Pesuruhjay­a Kehakiman Gary Link untuk masuk ke dalam mahkamah.

Sebaik mengambil tempat, Link menyedari bahawa Green sedang menjalanka­n pembedahan.

Susulan itu, beliau enggan meneruskan perbicaraa­n kerana bimbangkan kebajikan pesakit terbabit.

Green kemudian memohon maaf dan memberitah­u ada seorang lagi doktor bedah yang membantuny­a.

Katanya, dia boleh menyertai prosiding itu manakala kakitangan lain akan meneruskan pembedahan

Bagaimanap­un, Link memberitah­u Green bahawa mengambil kira situasi berkenaan adalah tidak wajar untuk pihaknya meneruskan perbicaraa­n.

Sehubungan itu, beliau menetapkan tarikh baharu apabila Green ‘tidak terbabit merawat pesakit.’

 ??  ?? TANGKAP layar menunjukka­n Link menyedari bahawa Green sedang menjalanka­n pembedahan.
TANGKAP layar menunjukka­n Link menyedari bahawa Green sedang menjalanka­n pembedahan.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia