Harian Metro

WANI SYAZ TAK MAHU GOPOH

Tidak kisah bergerak perlahan-lahan dalam memilih lagu asalkan karya dirakamkan diterima baik pendengar

- Oleh Norhayati Nordin norhayati_nordin@ hmetro.com.my

Hampir tujuh tahun aktif dalam kerjaya nyanyian, penyanyi Wani Syaz tidak menafikan namanya masih kurang dikenali. Apapun, dia tetap bersyukur kebanyakan lagu nyanyianny­a diterima baik pendengar.

Wani atau nama sebenarnya Nursyazwan­i Selamat sebelum ini pernah dikenali dengan beberapa lagu duet seperti Lepaskanla­h dan Alhamdulil­lah bersama Juzzthin termasuk Pendusta Cinta serta terbaharu, Habibi berganding dengan W.A.R.I.S.

Pada 2019, Wani, 24, muncul dengan lagu solo berjudul Gemala yang turut menjadi perhatian pendengar. Bagi anak bongsu dalam keluarga ini, dia sangat bersyukur apabila lagu nyanyianny­a diterima kebanyakan pendengar.

"Saya tahu nama Wani Syaz masih belum kukuh dan kurang dikenali. Maklumlah, ada beberapa penyanyi wanita lain yang menggunaka­n nama pentas hampir sama dengan saya. Cuma, rezeki kami berbeza.

“Pada saya, sama ada orang kenal atau tidak, okey sahaja. Ini kerana, pembabitan saya dalam kerjaya seni adalah meningkatk­an keyakinan diri. Tak ada yang lebih pun, ingin saya kejar,” katanya.

Menurut Wani

Syaz, disebabkan itu dia cukup memberi perhatian pada lagu yang dirakam. Malah, dia tidak kisah bergerak perlahan-lahan dalam memilih lagu asalkan karya yang dirakamkan itu diterima baik pendengar.

“Sejujurnya saya tak mahu gopoh dalam membuat sebarang keputusan dan tindakan. Bagi saya, tidak mengapa jika lambat sedikit sebab tak naklah penat-penat rakam lagu, tapi orang tak dengar pula.

“Sebagai penyanyi, dari pengalaman saya mendapati semua orang boleh menyanyi. Tapi, yang paling susah nak dapatkan adalah aura sebab Allah yang memberinya.

“Kalau rezeki untuk aura itu ada, okeylah. Kalau tak ada, mungkin rezekinya di tempat lain yang Allah akan beri. Apapun, saya selesa positif dan tidak pernah mengejar apa-apa pun. Setiap apa yang Allah beri itu, saya terima dengan sepenuh hati,” katanya.

Menurut Wani Syaz yang menetap di Johor mengurus perniagaan restoran milik keluarga, kerjaya nyanyian adalah kerja sambilan selagi mendapat tawaran dan ada peluang.

Berbicara lanjut mengenai hala tuju kerjaya nyanyianny­a, Wani Syaz berkata, selepas melancarka­n lagu Habibi pada November tahun lalu, dia kini masih dalam proses memilih genre baharu yang sesuai untuk lagu akan datang.

Katanya, walaupun sudah serasi dengan lagu bergenre reggae dan irama padang pasir, dia enggan terus berada di zon selesa. Ujarnya, dia juga sering mengambil kira setiap pandangan dan pendapat orang lain.

“Sebenarnya, saya selalu juga membaca komen-komen yang ditulis pendengar. Tidak kiralah, mereka itu peminat saya atau tidak. Bagi saya, setiap kritikan dan pandangan yang baik itu, tidak salah untuk diterima.

“Saya pun tidak mahu selamanya berada dalam zon selesa. Saya harus berani menyahut cabaran dan bersedia mencuba sesuatu genre muzik yang baharu, tapi tak naklah melakukann­ya secara terburu-buru.

Menur ut Wani Syaz, apa yang dilakukann­ya berlandask­an perbincang­an yang dibuat. Katanya, jika dia yakin dan berasa selesa pasti akan dilakukan dengan rela hati serta sebaik mungkin.

Impi hasilkan album zikir

Pernah menyertai program realiti Gema Gegar Vaganza (GGV) musim kedua pada 2018, Wani Syaz mengakui banyak pengalaman berharga diperolehn­ya dan takkan dilupakan.

Malah, dia juga menyimpan impian untuk menghasilk­an album zikir yang memuatkan lagu hasil ciptaannya. Jelasnya, dia sudah ada beberapa lagu zikir yang ditulis.

“Saya ada juga cuba buat lagu zikir. Ini kerana, saya berhasrat mahu memiliki dan melancarka­n sebuah album zikir jika berpeluang. Apapun, saya kena dapatkan pandangan komposer sesuai untuk meneliti lagu zikir dihasilkan itu.

“Sebenarnya teringin juga nak minta pandangan daripada abang Hafiz Hamidun kerana dia sangat berbakat dan pengalaman pun banyak. Tapi, belum ada masa lagi untuk saya bertemu dengannya.

“Ditambah, sekarang pun masih lagi Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) dan kena tunggulah dulu sehingga masa yang sesuai. Semoga dengan adanya vaksin kini, situasi krisis pandemik akan berakhir tidak lama lagi,” katanya.

Wani Syaz yang sangat menyerlah dengan lagulagu duet mengakui impak kerjaya solonya dalam nyanyian agak mendatar jika dibandingk­an apabila dia muncul secara duo bersama penyanyi lain.

Katanya, untuk dia sama ada menyanyi solo atau duet, keduaduany­a dilakukan sebaik mungkin. Cuma, rata-rata maklum balas peningkata­n diterima daripada pendengar lebih banyak menerusi karya duet.

Bagi saya, tidak mengapa jika lambat sedikit sebab tak naklah penat-penat rakam lagu, tapi orang tak dengar pula

WANI SYAZ

 ??  ??
 ??  ?? AURA, pemberian Allah kepada seseorang penyanyi.
AURA, pemberian Allah kepada seseorang penyanyi.
 ??  ?? ALBUM istimewa, Wani Syaz ingin mempunyai album zikir.
ALBUM istimewa, Wani Syaz ingin mempunyai album zikir.
 ??  ?? WANI SYAZ akui lebih menyerlah tampil dengan lagu duet.
WANI SYAZ akui lebih menyerlah tampil dengan lagu duet.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia