Harian Metro

FADLAN RASA TERKILANSE­LASA

Tidak pernah keluar kenyataan ‘berehat sementara’ sedangkan dia memberi sepenuh tumpuan kerjaya lakonannya

- Oleh Najiy Jefri najiy.jefri@hmetro.com.my

Tiada angin tiada ribut, nama pelakon Fadlan

Hazim tiba-tiba terpalit cerita kurang enak yang mendakwa dia berehat sementara dari industri seni hiburan.

Menafikan dakwaan yang timbul, Fadlan berkata, dia tidak pernah mengeluark­an kenyataan sedemikian malah sentiasa memberikan sepenuh tumpuan terhadap kerjaya lakonannya.

Tambah Fadlan, mungkin gosip itu timbul kerana tiada karya baharu lakonannya di kaca televisyen menyebabka­n orang tertanya-tanya.

“Entah macam mana boleh timbul dakwaan mengatakan saya ‘berehat sementara’. Mungkin disebabkan saya sudah lama tak keluar TV dengan drama baharu.

“Mungkin juga ada yang terbaca artikel mengenai masalah saya yang bergelut dengan gangguan mental tahun lalu sekali gus mereka beranggapa­n saya sedang berehat atau menerima rawatan.

“Secara jujurnya saya masih lagi aktif berlakon. Banyak tawaran yang datang cuma penularan wabak Covid-19 sedikit sebanyak menganggu jadual kerja dan waktu siaran drama,” katanya.

Terdahulu Fadlan membuat perkongsia­n menerusi Instagram meluahkan rasa terkilan apabila timbul dakwaan tidak benar mengenai karier seninya.

“Siapa yang pandaipand­ai cakap aku ‘berehat sementara’ dari industri? Aku sakit pun datang set macam biasa, tak pernah minta cuti kecuali kalau kena masuk wad,” tulisnya di Instagram Story.

Bebas tanpa sebarang kontrovers­i barangkali menjadi faktor graf kerjaya lakonannya dilihat sedikit tenggelam.

Perkara terbabit turut diakui Fadlan yang mengakui dirinya tiada kontrovers­i panas untuk diperkatak­an.

“Mungkin salah satu faktor ada pihak mengatakan saya berehat sementara sebab saya tiada kontrovers­i hingga saya didakwa sudah hilang dari radar.

“Saya seboleh mungkin nak elakkan diri dari sebarang kontrovers­i.

Bukan apa, saya tidak mahu cerita buruk mengenai saya mendapat perhatian. Boleh jadi kontrovers­i yang berlaku tidak betul,” katanya.

Dalam perkembang­an lain, Fadlan berkata, dia kini sedang sibuk menjalani penggambar­an telefilem berjudul Live Dari Kafe Kona untuk siaran TV3.

“Alhamdulil­lah saya masih diberi kepercayaa­n dan peluang untuk berlakon. Sekarang ini pun saya sedang sibuk dengan penggambar­an telefilem Live Dari Kafe Kona di samping pelakon Nazim Othman dan Shiha.

“Selain itu saya sedang menanti tarikh tayangan drama bersiri berjudul Wifi Sebelah Rumah yang turut dibintangi Zul Ariffin dan Ruhainies,” katanya.

Saya seboleh mungkin nak elakkan diri dari sebarang kontrovers­i. Bukan apa, saya tidak mahu cerita buruk mengenai saya mendapat perhatian

FADLAN

 ??  ?? FADLAN menafikan dirinya berehat sementara dalam industri seni lakonan.
Kona. telefilem Live Dari Kafe menjalani penggambar­an
FADLAN kini sedang sibuk
FADLAN menafikan dirinya berehat sementara dalam industri seni lakonan. Kona. telefilem Live Dari Kafe menjalani penggambar­an FADLAN kini sedang sibuk
 ??  ??

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia