Harian Metro

‘Syarat’ penyokong masuk stadium

-

‘ Saya mempunyai harapan tinggi, MFL dan seluruh pemegang taruh akan berusaha keras untuk memastikan penganjura­n liga ini menjadi penanda aras kepada pematuhan SOP dan pelaksanaa­n gelembung sukan. Setiap seorang daripada kita mempunyai amanah dan peranan untuk memastikan Liga M selamat” Reezal

Kuala Lumpur:

Saingan Liga Malaysia (Liga M) yang sendu sepanjang musim lalu berikutan pandemik Covid-19 dijangka kembali meriah Mei depan dengan kehadiran penyokong di stadium musim ini.

Namun untuk merealisas­ikan hasrat itu, perjalanan Liga M bakal ‘diawasi’ terutama dalam tempoh dua bulan pertama ini sebelum ia dibentangk­an kepada Majlis Keselamata­n Negara (MKN) dan Kementeria­n Kesihatan Malaysia (KKM) untuk mendapatka­n kebenaran kemasukan penyokong.

Menteri Belia dan Sukan, Datuk Seri Reezal Merican Naina Merican berkata, kempen Liga M yang akan bermula pada Jumaat ini dengan aksi pembuka tirai Piala Sumbangsih membabitka­n Johor Darul Ta’zim dan Kedah Darul Aman FC di Stadium Sultan Ibrahim bakal dijadikan penanda aras.

Malah, aksi berikutnya juga diharapkan dapat berlangsun­g dengan lancar tanpa wujudnya kes Covid-19 yang mungkin meranapkan impian peminat untuk ke stadium.

“Selepas dua bulan Liga M ini berlangsun­g, baru kita akan kemukakan cadangan kepada MKN dan KKM kemasukan penyokong. Kadang-kadang permohonan itu akan dibuat selepas liga berjalan lancar,” katanya pada majlis Pelancaran Liga M 2021 di sini, semalam.

Reezal yang hadir merasmikan Pelancaran Liga M 2021 itu turut percaya, dengan persiapan rapi pasukan dan pematuhan prosedur operasi standard (SOP) yang ditetapkan oleh KKM, MKN dan MFL, Liga M bakal menjanjika­n sesuatu yang luar biasa.

“KKM dan MKN sudah memberikan kebenaran khas untuk Liga M dimulakan dan pasukan bola sepak dalam Liga MFL dapat memulakan latihan atas dua dasar pertimbang­an iaitu kerajaan memahami keperluan dan kelangsung­an hidup semua yang terbabit dalam ekosistem bola sepak.

“Dan kedua, atas kepercayaa­n mereka kepada disiplin komuniti sukan tanah air di mana keyakinan mereka kepada kita semua dalam industri bola sepak yang sangat berdisipli­n dan pasti akan mematuhi SOP yang ditetapkan.

“Saya mempunyai harapan tinggi, MFL dan seluruh pemegang taruh akan berusaha keras untuk memastikan penganjura­n liga ini menjadi penanda aras kepada pematuhan SOP dan pelaksanaa­n gelembung sukan. Setiap seorang daripada kita mempunyai amanah dan peranan untuk memastikan Liga M selamat.

“Saya sentiasa yakin dengan track record penganjura­n yang baik, MFL memiliki kemampuan untuk menganjurk­an liga kompetitif dan terbaik demi memenuhi kepuasan penyokong tempatan,” katanya.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia