Harian Metro

SEBELUM MATA TERPEJAM

Warga emas terkilan sambut Aidilfitri di rumah kebajikan

- lapor Sri Ayu Kartika Amri, Nurul Husna Mahmud dan Redzuan Muharam

Saban hari, mereka akan menjenguk ke luar bagi melihat siapa yang datang, sudah pasti yang diharapkan adalah kunjungan anak-anak dan cucu. Namun, ia tidak kunjung tiba. Itu yang dirasai penghuni pusat jagaan orang tua terutama menjelang Aidilfitri minggu depan. Bagi mereka kehadiran insan tersayang adalah anugerah bermakna dalam menghabisk­an sisa-sisa usia,

Kajang: “Apa khabar anak-anak mak, jemputlah mak di sini, mak rindu dekat cucu-cucu mak,” itu antara kata-kata Mak Ani (bukan nama sebenar) yang berusia 71 tahun kepada dua anaknya.

Mak Ani adalah antara 18 penghuni rumah jagaan warga emas dikendalik­an Pertubuhan Kebajikan Warga Emas Al-Fattah di sini.

Mak Ani yang tinggal di situ sejak awal tahun ini meluahkan rasa terkilan dan sedih kerana terpaksa menyambut 1 Syawal bersama penghuni lain yang senasib dengannya.

“Kalau boleh hari raya nak jumpa keluarga, tapi mak cik tak tahu dapat berjumpa mereka atau tidak.

“Bila puasa dan raya seorang diri di sini rasa sedih sebab nak sangat balik rumah.

“Mak cik kalau boleh nak duduk dengan keluarga beraya dengan mereka semua,” katanya sudah lama tidak berjumpa dengan anak dan cucunya.

Menurut Mak Ani, dia menjadi penghuni dan berlindung di pusat jagaan warga emas itu apabila adik kandungnya menghantar­nya ke situ.

Katanya, sebelum ini dia tinggal bersama adik perempuann­ya di Lembah Klang dan kemungkina­n tidak mampu untuk terus menjaga kebajikan Mak Ani, adiknya mengambil keputusan menghantar­nya ke Pertubuhan Kebajikan Warga Emas Al-Fattah.

“Tak tahu sebenarnya kenapa dihantar ke sini, syukur mak cik tiada sebarang penyakit serius.

“Alhamdulil­lah tak ada kencing manis, hanya selalu lenguh badan saja, memandangk­an mak cik sudah pun tua,” katanya.

Walaupun dihimpit perasaan rindu dengan keluarga namun Mak Ani melahirkan rasa kesyukuran kerana masih mempunyai rakan lain berkongsi kisah manis dan pahit di rumah kebajikan ini.

 ??  ??
 ??  ??

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia