Harian Metro

Setiap malam hiba teringat anak

-

‘ Anak sudah berkeluarg­a dan saya enggan menambah beban mereka” Pak Mat

Kajang: “Sampai ke hari ini, saya masih teringatka­n kenangan bersama anak dan bila malam akan menangis kerana memikirkan entah bila dapat bertemu semula dengan mereka,” luah Pak Mat (bukan nama sebenar), salah seorang penghuni Pertubuhan Kebajikan Warga Emas Al-Fattah di sini.

Pak Mat, 66 memberi reaksi itu ketika diminta berkongsi pengalaman­nya yang kini bertemanka­n penghuni dan kakitangan pengurusan pusat jagaan warga emas berkenaan.

Katanya, dia tinggal di pusat jagaan warga emas itu sejak lebih dua tahun lalu selepas dihantar pengurusan hospital.

Menurut Pak Mat, jika ada pilihan, dia mahu menghabisk­an sisa hidup bersama anak dan cucu namun akur apabila ditakdirka­n menjadi penghuni pusat jagaan di usia senja.

Pak Mat yang memberitah­u dia mempunyai dua anak tinggal sendirian selepas berpisah dengan isteri dan tidak pernah bertemu dengan mereka selepas dimasukkan ke hospital akibat kencing manis,” katanya ketika ditemui.

Pak Mat berkata, agak lama juga dia ditahan di wad hospital dan akhirnya dihantar ke pusat jagaan warga emas bagi memberi laluan kepada pesakit lain.

“Saya terima dihantar ke sini (pusat jagaan warga emas), kerana tiada pilihan memandangk­an hanya pusat ini boleh menerima golongan emas seperti saya.

“Anak-anak mungkin tidak tahu saya dihantar ke sini. Lagipun, mereka sudah berkeluarg­a dan saya enggan menambah beban mereka,” katanya

Jauh di sudut hati, Pak Mat mengakui rindu pada anak dan tiga cucunya terutama menjelang Aidilfitri yang bakal tiba tidak lama lagi.

Namun, Pak Mat tidak dapat berbuat apa-apa melainkan memendam perasaan itu kerana tidak tahu bila dan ketika anaknya akan kunjung tiba.

“Memang menitis air mata saya apabila mengenangk­an nasib diri.

“Saya tidak tahu sampai bila saya di sini, hingga akhir hayat atau sebaliknya tetapi tetap berharap dapat bertemu anak dan cucu sebelum menutup mata,” katanya.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia