Harian Metro

Seimbang dunia, akhirat

STAY ATM pastikan pembelajar­an agama, akademik seiring untuk pelajar

- Oleh Suraya Roslan suraya@hmetro.com.my

Seimbang dunia dan akhirat. Itu pendekatan diterapkan kepada pelajar di Sekolah Tahfiz dan Asrama Anak Yatim Angkatan Tentera Malaysia (STAY ATM) sebagai institusi kebajikan dan pendidikan kerohanian cemerlang di negara ini.

Prihatin dengan kebajikan setiap anak anggota dan veteran tentera, Menteri Kanan Pertahanan Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob nekad terus menambah baik pembanguna­n dari segi pentadbira­n dan infrastruk­tur STAY ATM supaya seiring dengan pusat tahfiz terkemuka yang lain.

“STAY ATM ditubuhkan pada 1 Mac 2013 dengan matlamat menjadi institusi kebajikan dan pendidikan kerohanian yang cemerlang dan unggul.

“Selain itu, kita mahu mendidik dan melatih dalam bidang tahfiz al-Quran dan ulum Islamiah serta memelihara kebajikan anak tentera, veteran ATM dan awam Kementeria­n Pertahanan,” katanya ketika ditemui selepas Majlis Berbuka Puasa bersama 85 penghuni STAY ATM di Kem Perdana Sungai Besi di sini.

Beliau meluangkan masa lebih sejam menyantuni dan berbuka puasa bersama pelajar serta guru STAY ATM.

Selain itu, beliau menyampaik­an sumbangan Ramadan kepada 85 pelajar termasuk empat anak yatim STAY ATM serta sumbangan peribadi kepada sekolah bagi pembinaan gazebo.

“Sekolah diuruskan pegawai dan anggota Kor Agama Angkatan Tentera (Kagat) selari dengan inisiatif Pelan Strategik Kementeria­n Pertahanan iaitu pelestaria­n kesejahter­aan warga pertahanan.

“Kementeria­n dan ATM sentiasa mengambil berat terhadap kebajikan setiap anggota termasuk ahli keluarga dalam memastikan kesiapsiag­aan ATM berada di tahap tertinggi, kebajikan anggota dan keluarga menjadi keutamaan,” katanya.

Sementara itu, Pengetua STAY ATM Mejar Azhan Ali berkata, seramai 85 pelajar terdiri daripada tingkatan satu hingga lima termasuk empat anak yatim terpilih memasuki STAY ATM.

“Semua pelajar di sini lelaki dan kami ada 11 tenaga pengajar daripada guru Al-Hafiz juga.

“Setiap tingkatan (1 hingga 5) kita hadkan hanya 20 pelajar sahaja dan Alhamdulil­lah sejak ditubuhkan STAY ATM melahirkan 76 hafiz

‘ Semua pelajar di sini lelaki dan kami ada 11 tenaga pengajar daripada guru Al-Hafiz juga” Mejar Azhan

‘ Sasaran saya mahu menghafaz 30 juzuk al-Quran tahun ini” Muhammad Hafizzuddi­n

‘ Saya bercita-cita mahu menjadi pendakwah bebas dan sukarela masuk ke STAY ATM” Muhammad Aqid

yang begitu memberangs­angkan dari segi akademik selain ramai pelajar di sini berjaya melanjutka­n pelajaran ke pusat pengajian tinggi awam dan swasta.

“Selain fokus hafazan, pelajar di sini ambil peperiksaa­n SPM, sekali gus mereka ada dua sijil dan boleh menyambung pengajian peringkat diploma dan lebih tinggi lagi,” katanya.

Menurutnya, semua perbelanja­an ditanggung sepenuhnya ATM dan tiada yuran dikenakan ke atas mereka.

“Perancanga­n tahun depan kita masukkan akademik dan tahfiz untuk semua bermula tingkatan satu hingga lima melalui kerjasama antara Kor Pendidikan ATM dan Kagat supaya keseimbang­an dalam agama dan akademik seiring,” katanya.

Katanya, setiap tahun pihaknya menerima kemasukan 100 pelajar yang terbuka untuk anak ATM, veteran ATM dan awam Kementah.

Bagi anak yatim ini, Muhammad Hafizzuddi­n Saat, 15, yang kematian bapanya tahun lalu dirinya kini mampu menghafaz 21 juzuk al-Quran.

“Sasaran saya mahu menghafaz 30 juzuk al-Quran tahun ini untuk membantu dan memudahkan arwah bapa ke syurga, ini impian saya,” katanya yang juga anak veteran ATM.

Walaupun baru memasuki sekolah tahfiz itu awal tahun ini, Muhammad Aqid Riezky Nazri, 13, pula sudah mampu menghafaz lima juzuk kalimah suci itu.

“Saya bercita-cita mahu menjadi pendakwah bebas dan sukarela masuk ke STAY ATM untuk mencapai impian ke jalan diredai Allah,” katanya yang juga anak veteran ATM.

 ??  ?? ISMAIL Sabri (tengah) bersama Panglima Angkatan Tentera Jeneral Tan Sri Affendi Buang (dua dari kiri) beramah mesra bersama pelajar sekolah tahfiz dan anak yatim ATM (STAY ATM) ketika majlis berbuka puasa di Kem Perdana Sungai Besi.
ISMAIL Sabri (tengah) bersama Panglima Angkatan Tentera Jeneral Tan Sri Affendi Buang (dua dari kiri) beramah mesra bersama pelajar sekolah tahfiz dan anak yatim ATM (STAY ATM) ketika majlis berbuka puasa di Kem Perdana Sungai Besi.
 ??  ?? PANGLIMA Angkatan Tentera, Jeneral Tan Sri Affendi Buang (dua dari kanan) menyerahka­n sumbangan duit raya kepada pelajar.
PANGLIMA Angkatan Tentera, Jeneral Tan Sri Affendi Buang (dua dari kanan) menyerahka­n sumbangan duit raya kepada pelajar.
 ??  ?? ISMAIL Sabri menyampaik­an sumbangan duit raya kepada pelajar.
ISMAIL Sabri menyampaik­an sumbangan duit raya kepada pelajar.
 ??  ??
 ??  ??
 ??  ??

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia