Harian Metro

Pelan bantu golongan susah

YES PRIHATIN tawar telefon, data dan kandungan pendidikan percuma untuk B40 selama setahun

- Oleh Suliati Asri suliati@hmetro.com.my

‘ Menerusi Pelan 12-bulan YES PRIHATIN Belajar Dari Rumah ini, kami membekalka­n keluarga dengan telefon pintar percuma iaitu langkah pertama untuk membolehka­n mereka terus berhubung secara digital” Yeoh

YES milik YTL Communicat­ions mengumumka­n pelan di bawah inisiatif Jaringan PRIHATIN kerajaan yang bakal membekalka­n telefon dan data percuma untuk keluarga dan individu daripada golongan B40 selama satu tahun.

Inisiatif ini terbahagi kepada dua pelan YES PRIHATIN iaitu untuk rakyat B40 iaitu YES PRIHATIN Belajar Dari Rumah Keluarga dan YES PRIHATIN Belajar Dari Rumah Individu.

Menariknya, dengan subsidi Jaringan PRIHATIN, kedua-dua pelan ini menyediaka­n telefon, data serta akses kandungan Learn From Home Yayasan YTL secara percuma dan semuanya adalah bagi tempoh satu tahun tanpa sebarang deposit, kontrak mahupun bayaran.

Pelanggan juga akan menerima baucar Shopee bernilai RM50 untuk pembelian barangan. Kedua-dua pelan ini, kini boleh didapati di www.yes.my/kasiupB40 dan aplikasi MyYes.

Pengumuman daripada YES ini adalah susulan pelancaran program Jaringan PRIHATIN yang menawarkan subsidi tahunan bernilai RM300 dan RM180 untuk keluarga dan individu yang didaftar di bawah golongan B40 bagi membantu mereka memiliki peranti dan data yang diperlukan.

Pengarah Urusan YTL Communicat­ions Sdn Bhd Dato’ Yeoh Seok Hong berkata pihaknya mengalu-alukan peluang untuk bekerjasam­a dengan kerajaan bagi membantu golongan dalam kategori B40.

Justeru, katanya, jalinan kerjasama ini membolehka­n pihaknya melipatgan­dakan impak program telefon dan data percuma Learn From Home untuk golongan B40 yang dilaksanak­an bersama Yayasan YTL sejak pandemik ini bermula.

“Matlamat kami bukan sahaja untuk penyelesai­an jangka pendek, bahkan juga impak jangka masa panjang yang berterusan.

“Menerusi Pelan 12-bulan YES PRIHATIN Belajar Dari Rumah ini, kami membekalka­n keluarga dengan telefon pintar percuma iaitu langkah pertama untuk membolehka­n mereka terus berhubung secara digital.

“Kami juga menambahka­n data percuma selama setahun untuk membolehka­n mereka menumpukan perhatian kepada pelajaran, kerja dan pengurusan perniagaan mereka,” katanya selepas mengumumka­n butiran lanjut mengenai YES PRIHATIN, semalam.

Menurutnya, pelan yang ditawarkan itu adalah tidak mencukupi.

“Oleh itu, dengan memberi akses penuh ke kandungan Learn From Home Yayasan YTL untuk anak-anak mereka, kami juga memastikan pelajar terus berhubung secara digital dengan sekolah dan pembelajar­an.

“Ini sangat penting kerana seluruh negara sekali lagi beralih ke model pengajaran dan pembelajar­an atas talian mulai 17 Mei seperti yang diumumkan Kementeria­n Pendidikan minggu lepas.

“Akses ini juga memberikan jaminan kepada ibu bapa bahawa anak-anak mereka tidak akan tercicir daripada arus pendidikan,” katanya.

Sejak Perintah Kawalan Pergerakan Mac 2020 lagi, YES memperjuan­gkan keperluan untuk membantu rakyat B40 bermula dengan program Learn From Home Yayasan YTL yang menawarkan kandungan pendidikan dan data secara percuma kepada semua pelajar di sekolah aliran kebangsaan dan juga telefon percuma.

Program itu kemudian diperluas kepada semua mahasiswa ijazah sarjana muda pada Julai 2020 dan seterusnya 230,000 guru di bawah Kesatuan Perkhidmat­an Perguruan Kebangsaan Malaysia (NUTP) mulai April tahun ini.

Kandungan program Learn From Home Yayasan YTL merangkumi 1,271 pelajaran untuk empat subjek teras iaitu Bahasa Malaysia, Bahasa Inggeris, Matematik dan Sains yang kesemuanya dibangunka­n berpanduka­n kurikulum kebangsaan dari tahun satu hingga tingkatan lima.

Semua pelajaran Learn From Home ini juga boleh didapati di laman sesawang Yayasan YTL dan aplikasi FrogPlay Mobile App.

Aplikasi itu juga mengandung­i lebih 13,000 kuiz meliputi semua subjek teras menjadikan proses pelajaran dan ulan gkaji lebih mudah buat pelajar yang memiliki telefon pintar.

Sejak program Learn From Home dilancarka­n pada 2020, Yayasan YTL dengan kerjasama YES dan FrogAsia mengagihka­n lebih 18 juta GB data percuma, 450,000 kad SIM dan 100,000 telefon percuma untuk mereka yang memerlukan­nya.

Untuk maklumat lanjut dan permohonan YES PRIHATIN, layari yes.my/kasiupB40 atau hubungi 018 3333 303. Telefon dan kad SIM YES PRIHATIN akan dihantar secara percuma kepada pemohon yang berjaya.

 ??  ??
 ??  ??
 ??  ??

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia