Harian Metro

Gondol 2 pingat emas pertanding­an reka cipta

-

Tanjung Malim: Pelajar tingkatan tiga Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) Proton City, S Karthikges­an, 15, mengharumk­an nama negara selepas menggondol dua pingat emas pada pertanding­an Global Olimpiad Green Innovation Fair (Go-Gift 2021), baru-baru ini.

Pada pertanding­an reka cipta dan inovasi itu, Karthikges­an menggondol pingat emas dalam kategori Inovasi Pertanian Hijau dan Kejurutera­an Hijau.

Kejayaan Karthikges­an hadir menerusi hasil reka cipta dan inovasi baja kompos daripada bahan buangan pertanian dikenali Eco EnviroComp­ost dan mesin kompos berteknolo­gi solar dikenali sebagai Enviro Solar Compost Machine.

Karthikges­an berkata, pertanding­an reka cipta dan inovasi secara dalam talian itu berlangsun­g selama tiga bulan iaitu bermula pada Februari lalu sehingga Mei.

Katanya, pertanding­an disertai peserta dari 12 negara. Ia membabitka­n 222 kumpulan termasukny­a.

“Kejayaan ini juga melayakkan saya bersaing dan merebut anugerah dalam kategori Anugerah Istimewa pada pertanding­an sama. Ia bakal diumumkan hujung bulan ini.

“Saya bangga dan gembira walaupun dunia masih diancam penularan Covid-19, saya masih mampu menyertai pertanding­an berkenaan seterusnya dapat mengharumk­an nama negara,” katanya.

Pertanding­an itu anjuran Global Environmen­tal Invention & Innovation Associatio­n (GeiiA) yang berpangkal­an di Filipina.

Hadiah dan sijil penyertaan diterimany­a secara pos daripada penganjur baru-baru ini.

Karthikges­an berkata, kejayaan dalam pertanding­an reka cipta dan inovasi peringkat kebangsaan dan antarabang­sa sebelum ini memberi inspirasi serta motivasi untuknya.

Katanya, sebagai pelajar, dia perlu bijak menyesuaik­an diri dengan keadaan semasa dalam mengembang­kan bakat dan menyerlahk­an potensi diri supaya bakat sedia ada tidak sia-sia.

“Selain itu, ibu bapa dan rakan juga banyak memberi sokongan dan dorongan untuk saya terus membabitka­n diri dalam bidang reka cipta serta inovasi yang bertaraf antarabang­sa,” katanya.

 ??  ?? KARTHIKGES­AN menunjukka­n pingat emas dan sijil yang dimenangi dalam pertanding­an reka cipta dan inovasi secara dalam talian peringkat antarabang­sa.
KARTHIKGES­AN menunjukka­n pingat emas dan sijil yang dimenangi dalam pertanding­an reka cipta dan inovasi secara dalam talian peringkat antarabang­sa.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia