Harian Metro

Peniaga kecil, penjaja terkesan

- Oleh Ekhwan Haque Fazlul Haque ekhwan@hmetro.com.my

Pengumuman kerajaan melaksanak­an Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) di Kuala Lumpur dan enam daerah di Selangor dalam tempoh singkat memberi impak kepada peniaga dan penjaja yang mempunyai kedai fizikal.

Presiden Gabungan Persatuan Peniaga dan Penjaja Malaysia, Datuk Seri Rosli Sulaiman berkata, kebanyakan peniaga mengalami penyusutan pelanggan yang ketara susulan pelaksanaa­n perintah itu yang bermula semalam bagi Selangor dan hari ini bagi ibu negara.

Katanya, disebabkan itu golongan berkenaan menjinakka­n diri dalam era perniagaan digital untuk mempromosi­kan produk masing-masing namun masih memerlukan sokongan kerajaan untuk penerokaan teknologi secara jayanya.

“Dimensi perniagaan sudah berubah dan memerlukan peniaga menerokai teknologi. Peniaga sudah perlu beralih kaedah pemasaran produk menggunaka­n media sosial yang lebih relevan untuk tempoh pandemik ini.

“Ini kerana tidak siapa boleh menyangka PKP akan dilaksanak­an pada bila-bila masa sahaja, bergantung kepada jumlah kes semasa.

“Jika keadaan terus berlaku, peniaga pasti terkesan teruk kerana kurang pelanggan dengan mendadak ekoran tidak boleh merentas daerah,” katanya ketika dihubungi di sini, semalam.

Rosli berkata, pihaknya sudah menghantar kertas kerja kepada Kementeria­n Pembanguna­n Usahawan dan Koperasi bagi cadangan membangunk­an sistem perniagaan berteknolo­gi yang boleh dimanfaatk­an peniaga.

Katanya, menerusi model pembanguna­n perniagaan digital, ia diharap dapat membantu peniaga memasarkan produk dengan lebih rancak dan tidak hilang pelanggan.

“Persatuan masih menunggu respons kementeria­n dan diharap kerajaan boleh tampil dengan inisiatif jangka panjang untuk membantu peniaga yang terjejas,” katanya.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia