Harian Metro

Tutup semua bukan langkah bijak

-

Kuala Lumpur: Cadangan menutup sepenuhnya sektor perindustr­ian walaupun bagi tempoh dua minggu dilihat bukan tindakan bernas dalam mendepani pandemik Covid-19.

Presiden Persatuan Pengilang dan Industri Perkhidmat­an Bumiputera Malaysia (PPIPBM), Datuk Azman Yusoff berkata, pihaknya tidak bersetuju sekiranya cadangan itu dilaksana kerajaan ke atas industri besar, sederhana mahupun kecil.

Katanya, ia mengambil kira kerugian yang sudah banyak ditanggung pengilang sejak wabak itu melanda negara, tahun lalu.

“Jujurnya, kami simpati kepada pengusaha dalam industri pengilanga­n kerana mereka baru hendak bangkit berniaga dalam tempoh tiga ke empat bulan kebelakang­an ini.

“Pengilang ini mampu untuk bertahan dengan menjalanka­n operasi mereka mengikut prosedur operasi (SOP) yang ditetapkan.

“Langkah total lockdown bukan satu kaedah yang bijak kerana pengilang perlu membayar pinjaman serta sewaan premis dan jumlah itu belum lagi termasuk gaji pekerja.

“Ekonomi rakyat juga penting dalam tempoh pandemik ini, malah Aidilfitri juga hampir menjelang dan memberi kegusaran kepada mereka bagaimana untuk meneruskan kehidupan menanggung keluarga lagi,” katanya kepada Harian Metro.

Beliau mengulas mengenai cadangan Kelab Belia Muslim Malaysia (MMYC) yang mencadangk­an kepada kerajaan Persekutua­n untuk menutup sepenuhnya sektor industri untuk tempoh dua minggu dan mengenakan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) yang ketat di seluruh negara bagi memutuskan rantaian Covid-19.

Azman berkata, beliau mewakili PPIPBM merayu kerajaan agar tidak menutup keseluruha­n industri dan memberi jaminan SOP ketat disediakan sentiasa dipatuhi. “Hanya terdapat kes segelintir pekerja asing yang tidak mengikut arahan terutama di tempat kediaman, yang mana syarikat perlu ambil peduli kebajikan pekerja ini. “Selain itu, kita perlu pertimbang­kan banyak perkara lagi sebelum keputusan total lockdown dibuat,” katanya.

“Ekonomi rakyat juga penting dalam tempoh pandemik ini Azman

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia