Harian Metro

Tak perlu bimbang bekalan makanan

PKOB agih makanan buat penduduk Relau jalani HSO

- Oleh Noorazura Abdul Rahman am@hmetro.com.my

Seramai 772 penduduk Relau di Bandar Baharu, dekat sini, diarah menjalani Perintah Pengawasan dan Pemerhatia­n di Rumah (HSO) selepas ujian saringan Covid-19 dilakukan ke atas 1,028 penduduk di kawasan itu.

Pengerusi Jawatankua­sa Kesihatan dan Kerajaan Tempatan negeri, Datuk Dr Mohd Hayati Othman berkata, daripada jumlah disaring, 211 penduduk didapati positif Covid-19 membabitka­n 106 lelaki dan 105 wanita.

“Seramai 129 penduduk yang positif berusia bawah 60 tahun manakala 72 lagi berusia lebih 60 tahun atau warga emas,” katanya dihubungi semalam.

Selasa lalu, media melaporkan lebih 200 penduduk di pekan Relau disahkan positif Covid-19 sehingga dimasukkan ke Hospital Kulim, selain penduduk yang menjadi kontak rapat diarah menjalani kuarantin di rumah.

Ia tercetus selepas seorang wanita yang positif Covid-19 menghadiri majlis keagamaan sebelum ia merebak kepada jemaah dan ahli keluarga.

Dr Mohd Hayati berkata, 12 penduduk di Lubuk Buntar, Bandar Baharu turut disaring selepas dipercayai kontak rapat dengan individu positif di Relau.

Bagaimanap­un, katanya, kes itu masih dalam siasatan pihak kesihatan negeri.

“Penduduk yang diarah menjalani HSO diminta tidak panik atau bimbang mengenai stok bekalan makanan kerana Pusat Kawalan Operasi Bencana (PKOB) Pejabat Daerah Bandar Baharu akan mengagihka­n makanan secara berperingk­at mulai hari ini (semalam).

“Apa yang penting, penduduk perlu patuh HSO bagi mengekang penularan Covid-19 kepada penduduk lain, termasuk di kawasan berdekatan,” katanya.

Mengulas mengenai persediaan Jabatan Kesihatan Negeri (JKN) Kedah selepas tahap penggunaan katil di Hospital Sultanah Bahiyah (HSB) Alor Setar sudah mencapai 92 peratus, beliau berkata, hospital swasta akan memainkan peranan membantu merawat pesakit Covid-19 selepas ini.

 ??  ?? LALUAN masuk ke kawasan Relau sudah ditutup kelmarin.
LALUAN masuk ke kawasan Relau sudah ditutup kelmarin.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia