Harian Metro

SSTMI kena PKPD

-

Kuala Lumpur: Kerajaan melaksanak­an Perintah Kawalan Pergerakan Diperketat­kan (PKPD) di Sekolah Sukan Tunku Mahkota Ismail (SSTMI) Bandar Penawar, Kota Tinggi, Johor bermula 8 Mei sehingga 21 Mei 2021.

Menteri Kanan (Keselamata­n), Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob berkata, PKPD itu dilaksanak­an selepas Kementeria­n Kesihatan Malaysia (KKM) mengesahka­n berlaku peningkata­n kes secara mendadak dalam tempoh satu minggu dengan kadar kebolehjan­gkitan yang tinggi di lokaliti itu.

Katanya, sehingga kini, KKM sudah melakukan 212 ujian saringan dan daripada jumlah itu, 96 orang didapati positif Covid-19.

“KKM hari ini melaporkan situasi semasa kes Covid-19 di sekolah SSTMI Bandar Penawar, Kota Tinggi, Johor dan selepas membuat penilaian risiko bersama pelbagai agensi dalam Jawatankua­sa Teknikal Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) dan atas nasihat KKM, maka kerajaan bersetuju melaksanak­an PKPD di lokaliti itu,” katanya menerusi kenyataan media, semalam.

Selain itu, Ismail Sabri berkata, PKPD turut dilaksanak­an di 16 lokaliti di Sungai Ruan dan tujuh lokaliti di Sempalit, Raub, Pahang.

Menurutnya, 16 lokaliti Sungai Ruan ialah Taman Dahlia, Taman KSM Sungai Ruan, Taman Bunga Raya, Taman Sungai Ruan, Taman Cempaka, Taman Bunga Matahari, Taman Koperasi Mewah, Taman Melewar, Taman Mawar, Taman Mawar Impian, Taman Bunga Tanjung, Taman Bunga Angsana, Taman Melor, Taman Orkid, Rumah Murah Sungai Ruan dan Kampung Baru Sungai Ruan.

“Tujuh lokaliti dikenakan PKPD di Sempalit pula ialah Kampung Baru Sempalit, Taman Sempalit Indah, Taman Sempalit Baru, Taman Sempalit Aman, Taman Sempalit Jaya, Taman Emas dan Taman Emas Baru,” katanya.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia