Harian Metro

Alasan panas duduk rumah ‘tak lulus’

-

Raub: Alasan tidak masuk akal termasuk panas apabila berada di rumah menyebabka­n empat lelaki yang memakai gelang merah jambu dikompaun kerana melanggar prosedur operasi standard di kawasan Perintah Kawalan Pergerakan Diperketat­kan (PKPD), kelmarin dan semalam.

Keempat-empat orang kena kompaun (OKK) berusia 48, 52, 69 dan 73 tahun itu gagal mematuhi peraturan PKPD untuk melakukan kuarantin di rumah sendiri.

Ketua Polis Daerah Raub, Superinten­dan Kama Azural Mohamed berkata, memberi alasan tidak munasabah seperti berasa panas berada di rumah dan ingin bersiar-siar.

Beliau berkata, alasan tidak munasabah itu tidak boleh diterima kerana sikap tidak bertanggun­gjawab mereka boleh menyebabka­n Covid-19 terus merebak.

“OKK berusia 69 tahun yang tinggal di Kampung Sungai Klau dan seornag lagi berusia 52 tahun di Taman Sungai Klau dikompaun RM2,000 mengikut Perkara 25 (a) atas kesalahan berkumpul dan makan di kedai dalam kawasan PKPD tanpa alasan munasabah.

“Manakala OKK ketiga, yang tinggal di Kampung Sungai Klau berusia 73 tahun dikompaun RM5,000 di bawah Perkara 22(b) Peraturan-Peraturan Pencegahan dan Pengawalan Penyakit Berjangkit 2020 (Akta 342) kerana gagal melakukan kuarantin di rumah sendiri setelah memakai gelang berwarna merah jambu,” katanya.

Beliau berkata, seorang lelaki yang memakai gelang berwarna merah jambu berada di pasar raya di Sungai Ruan di sini, dikompaun RM5,000, semalam.

Menurutnya, lelaki berusia 48 tahun itu dikenakan kompaun susulan satu tangkap layar dimuat naik di laman Facebook oleh penduduk Raub berkenaan seorang lelaki yang memakai gelang warna merah jambu sedang membuat pembayaran di kaunter pasar raya.

“Lelaki terbabit sudah dikompaun atas kesalahan melanggar SOP ditetapkan mengikut peraturan PKPD iaitu gagal kuarantin di rumah sendiri selepas memakai gelang warna merah jambu.

“Alasan diberikan tidak munasabah iaitu beranggapa­n bahawa tidak boleh keluar dari kawasan Sungai Ruan,” katanya.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia