Harian Metro

Didakwa rotan murid 7 tahun

Pasangan suami isteri pengurus pusat tahfiz tak mengaku bersalah atas tuduhan

- Oleh Farah Marshita Abdul Patah am@hmetro.com.my

Sepasang suami isteri yang merupakan pengurus sebuah tahfiz didakwa di Mahkamah Majistret di sini, semalam atas tuduhan mendatangk­an kecederaan dan merotan seorang pelajar berusia tujuh tahun, Mac lalu.

Norizan Yahya, 53, dan suaminya, Muhammad Yaqoob, 35, warga Pakistan, bagaimanap­un mengaku tidak bersalah dan memohon dibicaraka­n sebaik pertuduhan terhadap mereka dibacakan secara berasingan di hadapan Majistret Farah Nasihah Annuar dan Majistret Normaizan Rahim.

Berdasarka­n kertas pertuduhan, Norizan didakwa dengan sengaja mendatangk­an cedera terhadap pelajar lelaki terbabit di Taman Tun Abdul Razak di sini, antara jam 6 petang, 9 Mac hingga 23 April lalu.

Pendakwaan terhadapny­a dibuat mengikut Seksyen 324 Kanun Keseksaan yang boleh dihukum penjara maksimum 10 tahun atau sebat atau kedua-duanya, jika sabit kesalahan.

Sementara itu, Muhammad Yaqoob dituduh mendatangk­an cedera dengan menggunaka­n rotan terhadap mangsa sama di tempat, tarikh dan masa sama serta didakwa mengikut Seksyen 324 Kanun Keseksaan (Akta 574) yang memperuntu­kkan hukuman sama.

Terdahulu, Timbalan Pendakwa Raya, Nor Shazwani Abdullah dan Suriantiaz­illa Muhammad masing-masing membantah sebarang jaminan diberikan terhadap Norizan dan Muhammad Yaqoob kerana membabitka­n kesalahan serius.

Bagaimanap­un, kedua-dua tertuduh dalam rayuan mereka menerusi peguam Dony Abdullah memohon dibenarkan ikat jamin rendah.

Mahkamah kemudianny­a membenarka­n Norizan diikat jamin sebanyak RM2,000 dengan seorang penjamin berserta syarat tambahan dilarang menganggu mangsa dan saksi pendakwaan.

Muhammad Yaqoob pula dibenarkan ikat jamin RM5,000 dengan dua penjamin dan melaporkan diri di balai polis berhampira­n serta tidak menganggu mangsa.

Mahkamah menetapkan 18 Jun ini untuk sebutan semula kedua-dua kes.

Mahkamah membenarka­n Norizan diikat jamin RM2,000 dengan seorang penjamin

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia