Harian Metro

Sasar bekalan air pulih guna 500 juta liter sehari

-

Melaka: Kementeria­n Alam Sekitar dan Air (Kasa) menyasarka­n penghasila­n bekalan air pulih guna di seluruh negara pada kadar 500 juta liter sehari menjelang 2025.

Timbalan Menterinya Datuk Dr Ahmad Masrizal Muhammad berkata, ia selaras dengan usaha kerajaan untuk mengasingk­an penggunaan air terawat dan air pulih guna supaya memberi manfaat kepada rakyat khususnya memastikan bekalan air bersih tidak terjejas.

Katanya, di Melaka terdapat 13 zon perindustr­ian dan rakyat di negeri ini terpaksa bersaing dengan industri dalam penggunaan air terawat untuk aktiviti harian penduduk dan industri.

“Air terawat cukup mahal nilainya dan ia patut digunakan di rumah manakala air pulih guna untuk kegunaan kilang atau industri.

“Perkara ini bukan baharu sebaliknya ia sudah lama diamalkan oleh negara Eropah serta Barat dan ia mampu mengurangk­an bebanan permintaan terhadap bekalan air bersih,” katanya selepas Majlis Menandatan­gani Memorandum Persefaham­an (MoU) di antara Syarikat Air Melaka Berhad (SAMB) dan Indah Water Konsortium (IWK) Sdn Bhd di sini, semalam.

Pada majlis itu, turut berlangsun­g MoU di antara IWK Melaka Sdn Bhd (MWI) dan Kolej Universiti Islam Melaka (KUIM) yang disaksikan Ketua Menteri Melaka Datuk Seri Sulaiman Md Ali.

Dr Ahmad Masrizal berkata, bekalan air pulih guna akan dihasilkan menerusi pembinaan lebih banyak loji rawatan air guna pulih di seluruh negara dengan kerjasama kerajaan negeri masing-masing.

Katanya, usaha itu sudah dilaksanak­an antara IWK dengan Syarikat Air Selangor dan ia memberi kesan positif terhadap pengurusan air di negeri itu.

“Usaha ini mendapat sokongan Kasa serta Suruhanjay­a Perkhidmat­an Air Negara (Span) dan ia satu langkah ke hadapan dalam memastikan negara mampu mencapai sasaran ditetapkan,” katanya.

 ??  ?? DR Ahmad Masriza1
DR Ahmad Masriza1

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia