Harian Metro

‘Bantuan ini sangat bermakna’

Penghuni Pusat Jagaan Permata Kasih Mengkuang terima sumbangan untuk sambut raya

- Oleh Yusmizal Dolah Aling yusmizal@hmetro.com.my

“Bantuan diberikan amat bermakna kepada anak-anak di pusat jagaan ini. Mereka sungguh gembira.

“Kami bersyukur dengan bantuan diterima. Semoga dengan adanya sumbangan ini, mereka akan bergembira terutamany­a pada hari raya nanti,” kata Penyelia Pusat Jagaan Permata Kasih Mengkuang, Atiah Ismail.

Katanya, pusat itu memerlukan bantuan orang ramai untuk menampung keperluan 30 orang anak-anak di situ.

Menurutnya, penghuni pusat berkenaan terdiri daripada anak asnaf dan keluarga susah di sekitar Pulau Pinang.

“Sebelum ini kami menerima bantuan daripada orang ramai termasuk untuk membeli van bagi kemudahan penghuni. Saya hargai bantuan ini. Terima kasih Harian Metro dan Kedai Ayamas,” katanya ketika menerima sumbangan Titipan Kasih Harian Metro (TKHM)-Kedai Ayamas yang disampaika­n Pengarang Eksekutif Harian Metro Muhamad Safar Ahmad.

Hadir sama, Timbalan Pengurus Besar (Operasi) Kedai Ayamas Mohamad Izham Mohamad Haroun dan Pengarah Projek TKHM Noor Azam Ab Aziz.

Sementara itu, Muhamad Safar berkata, sumbangan berkenaan diharapkan dapat meringanka­n beban penghuni rumah berkenaan terutama ketika sambutan Aidilfitri berbaki kurang seminggu lagi.

Katanya, ia sebagai satu tanggungja­wab Harian Metro bersama rakan strategik menyantuni golongan memerlukan.

Dalam pada itu, Mohamad Izham berkata, pihaknya bersyukur dapat bersama-sama berkongsi rezeki.

Katanya, dengan cara ini, pihaknya dapat menyantuni anak pusat jagaan ini yang melalui pengalaman berbeza di dalam menyambut hari raya.

Orang ramai yang ingin menyumbang boleh berbuat demikian menerusi nombor akaun 5570903096­04 (Maybank).

“Saya hargai bantuan ini. Terima kasih Harian Metro dan Kedai Ayamas Atiah

 ??  ?? DARI kiri, Pengarang Kumpulan Harian Metro Husain Jahit, Noor Azam, Muhamad Safar, Mohamad Izham dan Atiah pada majlis penyerahan sumbangan di Pusat Jagaan Permata Kasih Mengkuang.
DARI kiri, Pengarang Kumpulan Harian Metro Husain Jahit, Noor Azam, Muhamad Safar, Mohamad Izham dan Atiah pada majlis penyerahan sumbangan di Pusat Jagaan Permata Kasih Mengkuang.
 ??  ?? KANAK-KANAK melihat sumbangan yang diterima.
KANAK-KANAK melihat sumbangan yang diterima.
 ??  ??

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia