Harian Metro

6 tahun rumah tanpa elektrik

-

Melaka: Lima sekeluarga tidak pernah menikmati kemudahan lampu dan tenaga elektrik sejak enam tahun lalu, susulan masalah status tanah kediaman dihuni.

Sejak membina rumah kecil untuk berlindung di sebidang tanah milik Perbadanan Kemajuan Negeri Melaka (PKNM) pada tahun 2015, Mohd Yusni Md Yunus, 53, dan empat anak hanya ditemani cahaya lilin atau pelita pada waktu malam.

Mohd Yusni berkata, dia dan empat anaknya terpaksa menumpang di masjid dan kabin sumbangan penduduk kampung selepas berpindah dari Johor Bahru ke Kampung Solok Ciku, Tanjung Kling di sini.

“Saya menumpang tanah PKNM yang sebelum ini ditumbuhi semak-samun dengan membina rumah kecil. Namun permohonan saya mendapatka­n bekalan tenaga elektrik tidak diluluskan

“PKNM izinkan saya menyewa tapak rumah dengan bayaran RM100 sebulan

Mohd Yusni

Tenaga Nasional Bhd (TNB) kerana tanah ini bukan atas nama saya,” katanya ketika menerima kunjungan Ahli Dewan Undangan Negeri (Adun) Pantai Kundor, Datuk Nor Azman Hassan yang menyumbang­kan penjana elektrik di kediamanny­a, semalam.

Nelayan pinggir pantai itu berkata, hidup dengan bergantung rezeki kepada hasil tangkapan tidak seberapa menyukarka­nnya menyewa atau membina rumah di tempat lain.

“PKNM izinkan saya menyewa tapak rumah dengan bayaran RM100 sebulan. Namun saya diminta tinggalkan tempat ini jika PKNM ingin memajukan tanah,” katanya.

Beliau bersyukur serta berterima kasih kepada Nor Azman kerana menghulurk­an sumbangan yang besar ertinya baginya sekeluarga.

Sementara itu, Nor Azman mengucapka­n jutaan terima kasih kepada PKNM yang meluluskan permohonan Mohd Yusni untuk menyewa tapak tanah berkenaan.

“Kerajaan membina 120 unit rumah Program Perumahan Rakyat (PPR) Tangga Batu Perdana dekat sini yang bakal disiapkan menjelang hujung 2022.

“Saya minta Mohd Yusni memohon rumah itu untuk kemudahan pada masa hadapan,” katanya.

 ??  ?? MOHD Yusni mencuba menghidupk­an generator sambil diperhatik­an Nor Azman (kiri ) di Kampung Solok Ciku, Tanjung Kling, semalam.
MOHD Yusni mencuba menghidupk­an generator sambil diperhatik­an Nor Azman (kiri ) di Kampung Solok Ciku, Tanjung Kling, semalam.
 ??  ?? HIDUP Mohd Yusni kini bertambah terjamin.
HIDUP Mohd Yusni kini bertambah terjamin.
 ??  ??

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia