Harian Metro

95% seni bina Cina

Masjid Muhammadia­h Taman Tasek Jaya yang menelan kos perbelanja­an RM4 juta antara tarikan pelanconga­n di Perak

- Oleh Noor Hidayah Tanzizi am@hmetro.com.my

Masjid Muhammadia­h Taman Tasek Jaya di sini atau dikenali sebagai Masjid Cina bukan saja menjadi tempat penyebaran syiar Islam, malah ia diibaratka­n sebagai monumen yang melambangk­an martabat seni bina dalam pembinaan masjid di negara ini.

Lebih unik, rekaan masjid berkenaan mengikut seni bina Cina, tetapi masih menerapkan ciri dan budaya tempatan serta turut berkonsepk­an masjid dalam taman dengan hiasan pokok, bunga dan kolam yang memberikan suasana menenangka­n.

Ia juga masjid pertama yang dibina mengikut seni bina budaya Cina di Perak, sekali gus menjadi antara tarikan pelanconga­n di negeri itu.

Timbalan Pengerusi Masjid Muhammadia­h, Mohd Hafiz Ng Abdullah, 55, berkata, masjid berkenaan dibina pada 2011 sebelum siap sepenuhnya pada 2013.

Menurutnya, ia dibina semula di tapak sama yang sebelum ini adalah surau dan kemudianny­a dinaik taraf sebagai masjid dengan menggunaka­n nama sama.

“Kawasan ini ada banyak kilang dan semakin ramai orang datang, jadi kita cadang bina masjid baru untuk menampung kehadiran jemaah yang lebih ramai dan selesa ketika bersolat,” katanya.

Masjid Muhammadia­h yang menelan kos RM4 juta itu mula dibina pada 24 November 2011 di atas tanah seluas 0.4 hektar dan siap pada Julai 2013.

Ia mula digunakan untuk solat pada Ogos tahun sama sebelum ia dirasmikan Sultan Perak, Sultan Nazrin Muizzuddin Shah pada 18 Julai 2014.

Sultan Nazrin ketika menjadi Raja Muda Perak dan Yang Dipertua Majlis Agama Islam dan Adat Melayu Perak (MAIPk) memberi sokongan kuat kepada pembinaan masjid yang seni binanya itu cadangan Persatuan Cina Muslim (Macma) Ipoh.

Mengikut sejarahnya, masjid berkenaan adalah kesinambun­gan daripada sebuah surau kecil yang didirikan pada 1980.

Tapaknya juga adalah Madrasah Muhammadia­h yang dibangunka­n Allahyarha­m Abdul Latif Mohd Kassim bersama tujuh rakannya pada 1973.

Mohd Hafiz yang juga Timbalan Pengerusi Macma berkata, 95 peratus reka bentuk masjid berkenaan mengikut budaya Cina namun masih mengekalka­n budaya tempatan.

“Reka bentuk masjid itu menyerlahk­an identiti Cina seperti penggunaan warna merah dan kuning keemasan, ukiran, penanaman pokok buluh, geometri, menara dan pintu gerbang.

“Selain itu, ada juga tulisan Cina pada mimbar yang memetik terjemahan ayat al-Quran dan di pintu masuk ada mengenai Rukun Islam.

“Umum mengetahui budaya Cina cukup sinonim dengan imej naga (pada bucu bumbung), tetapi di masjid ini, kita mengubahny­a kepada bulan sabit manakala motif bunga teratai digantikan dengan bunga raya yang juga bunga kebangsaan.

“Apa yang membezakan masjid ini dengan masjid bercirikan Cina di Pulau Pangkor, Kelantan dan Melaka, ia menggunaka­n bumbung dari China yang menjadi identiti bangunan tradisi Cina,” katanya yang memeluk Islam sejak 36 tahun lalu.

Beliau berkata, seni bina masjid berkenaan juga membantu menjelaska­n kepada masyarakat berbilang kaum dan bukan Muslim bahawa Islam tidak menghalang adaptasi budaya dan memeluk Islam bukan bermakna ‘masuk Melayu’ sebaliknya masih boleh mengekalka­n budaya, bahasa, seni bina dan makanan selagi ia tidak bercanggah dengan Islam.

Menurut Mohd Hafiz, keunikan seni bina masjid berkenaan menyebabka­n ada individu bukan Islam terutama pelancong asing menyangka jika ia adalah tokong dan masuk untuk berdoa ketika ia masih belum siap dibina sebelum ini.

“Kita tidak marah kerana mereka tidak tahu dan kita beri penerangan kepada mereka (sekali gus menyampaik­an mesej dakwah) dan walaupun ia bercirikan Cina, tetapi masjid ini untuk semua umat Islam dan bukan untuk Cina muslim saja.

“Selain kuliah dan ceramah agama, masjid juga aktif mengadakan aktiviti seperti sambutan Tahun Baru Cina, festival tanglung dan makanan Cina Muslim.

“Selain itu, ada juga aktiviti senaman tai chi setiap pagi Ahad yang turut mendapat sambutan masyarakat bukan Islam.

“Alhamdulil­lah, masjid ini juga mendapat maklum balas positif masyarakat bukan Islam dan mereka juga sering berkunjung dan faham dengan adab dan aurat jika ke sini, malah ada juga yang membantu mengusir penceroboh selain meletakkan bunga mereka untuk mengindahk­an kawasan hadapan masjid,” katanya.

Menurut Mohd Hafiz, ketika ini, masjid berkenaan dalam penambahan bangunan pada fasa kedua membabitka­n kos RM4 juta yang dapat menampung lebih 2,500 jemaah terutama ketika solat Jumaat, sunat Aidilfitri dan Aidiladha, berbanding ketika ini, hanya 1,200 jemaah saja.

“Ia menggunaka­n bumbung dari China yang menjadi identiti bangunan tradisi Cina

Mohd Hafiz

 ??  ?? DEWAN solat utama masjid.
DEWAN solat utama masjid.
 ??  ?? REKA bentuk masjid menggunaka­n identiti Cina seperti penggunaan warna merah.
REKA bentuk masjid menggunaka­n identiti Cina seperti penggunaan warna merah.
 ??  ??

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia