Harian Metro

Bayar kad kredit 4 bank

Ibu tunggal hadapi 19 pertuduhan pengubahan wang haram

-

Seorang ibu tunggal dihadapkan ke Mahkamah Sesyen di sini, semalam atas 19 pertuduhan berkaitan pengubahan wang haram yang berjumlah RM962,845.21 tujuh tahun lalu.

Tertuduh, Loo Mei Lin, 49, bagaimanap­un mengaku tidak bersalah selepas pertuduhan terhadapny­a dibacakan di hadapan Hakim Maziah Joary Mohd Tajudin.

Mengikut pertuduhan pertama, tertuduh yang merupakan ahli perniagaan didakwa menggunaka­n satu nombor akaun sebagai peralatan kesalahan berkaitan aktiviti haram.

Dalam pertuduhan kedua hingga ketujuh, tertuduh didakwa menerima wang dengan jumlah keseluruha­n RM962,845.21 yang merupakan hasil aktiviti haram melalui akaun miliknya daripada mangsa, Teh Eet Meng, 55.

Bagi pertuduhan kelapan hingga 19 pula, tertuduh didakwa menggunaka­n wang berjumlah keseluruha­n RM273,255.84 yang merupakan hasil daripada aktiviti haram bagi membayar kad kredit OCBC Bank, Public Bank, RHB Bank dan HSBC Amanah Malaysia Berhad miliknya serta membeli polisi insurans atas nama ahli keluarga.

Semua kesalahan itu didakwa dilakukan di sekitar daerah Melaka Tengah dan Alor Gajah pada 29 Disember 2014 hingga 30 Julai 2015 dan dikemukaka­n mengikut Subseksyen 4(1)(b) Akta Pencegahan Pengubahan Wang Haram, Pencegahan Pembiayaan Keganasan dan Hasil Daripada Aktiviti Haram 2001.

Jika sabit kesalahan, tertuduh boleh dikenakan hukuman penjara maksimum 15 tahun dan denda tidak kurang lima kali ganda jumlah atau nilai hasil aktiviti haram atau peralatan kesalahan pada masa kesalahan itu dilakukan atau RM5 juta mengikut mana lebih tinggi.

Terdahulu, pendakwaan yang dikendalik­an Timbalan Pendakwa Raya, Rohaiza Zainal mencadangk­an jaminan sebanyak RM60,000 bagi semua pertuduhan dengan syarat tambahan tertuduh perlu melapor diri di balai polis berdekatan setiap bulan dan tidak boleh mengganggu mangsa.

Bagaimanap­un, peguam tertuduh, Michael Tan merayu jumlah jaminan dikurangka­n atas alasan anak guamnya berdepan dengan dua pertuduhan lain selain menjadi ibu tunggal kepada tiga anak sejak 20 tahun lalu.

Mahkamah membenarka­n tertuduh diikat jamin RM50,000 berserta semua syarat tambahan yang dipohon pendakwaan.

Kes akan disebut semula pada 4 Jun depan.

 ??  ?? LOO (kiri) dibawa ke Mahkamah Sesyen Melaka, semalam.
LOO (kiri) dibawa ke Mahkamah Sesyen Melaka, semalam.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia