Harian Metro

Kejar kenderaan mewah angkut arak diseludup

-

‘ Jumlah keseluruha­n rampasan kenderaan dan minuman keras dianggarka­n bernilai RM394,636”

Klang: Guna kenderaan mewah Toyota Estima untuk memunggah dan menghantar pelbagai minuman keras seludup. Itu antara kegiatan sindiket penyeludup­an didalangi empat lelaki tempatan.

Semua mereka bagaimanap­un ditahan sepasukan anggota Pasukan Polis Marin (PPM) Wilayah Satu di kawasan Sungai Aur, Pelabuhan Klang dan Klang Jaya di sini, jam 11 pagi Selasa lalu.

Hasil penahanan suspek dan beberapa kenderaan, polis merampas 335 karton minuman keras pelbagai jenis disyaki tidak bercukai.

Komander PPM Wilayah Satu, Asisten Komisioner Rosman Ismail, berkata minuman keras yang dirampas dianggarka­n bernilai RM30,276 dengan cukai sebanyak RM129,360.

“Pasukan kami turut merampas tiga kenderaan, iaitu sebuah lori, van Toyota Hiace serta kenderaan pelbagai guna (MPV) Toyota Estima.

“Jumlah keseluruha­n rampasan kenderaan dan minuman keras dianggarka­n bernilai RM394,636,” katanya semalam.

Rosman berkata, terdahulu sepasukan tujuh pegawai dan anggota PPM Wilayah Satu melakukan pengintipa­n serta pemantauan melalui Op Kontraband di kawasan Sungai Air bersebelah­an sebuah restoran makanan laut.

Beliau berkata, pasukan kemudian mengesan dua kenderaan, Toyota Estima dan Toyota Hiace yang berada dalam keadaan mencurigak­an, keluar dari sebuah kawasan berpagar.

Susulan itu, katanya, pegawai operasi mengarahka­n

Rosman

anggota untuk mengejar dua kenderaan terbabit.

“Pada masa sama, pegawai terbabit masuk ke kawasan berpagar itu dan melakukan pemeriksaa­n, termasuk ke atas sebuah lori.

“Hasil pemeriksaa­n mendapati bahagian pintu lori di bahagian pemandu terbuka dengan kunci lori di situ namun pemandunya tiada. Pencarian dilakukan di kawasan itu, tetapi pemandunya gagal ditemui.

“Pemeriksaa­n lanjut ke atas lori itu mendapati ada pelbagai jenis minuman keras dalam ruang simpanan barang kenderaan terbabit, yang disyaki tidak bercukai kerana tiada pelekat hologram Jabatan Kastam,” katanya.

Dalam pada itu, beliau berkata, Toyota Estima dan Toyota Hiace yang dikejar berjaya ditahan bersama pemandu serta pembantu di dua lokasi berbeza.

“Hasil pemeriksaa­n lanjut mendapati dua kenderaan itu juga sarat dengan muatan minuman keras disyaki tidak bercukai.

“Pasukan kemudian mengiringi ketiga-tiga kenderaan itu bersama suspek dan minuman keras yang dirampas, ke Markas Operasi PPM di Pelabuhan Klang untuk tindakan lanjut,” katanya

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia