Harian Metro

Tembak, lapah 2 lembu

Peneroka terkejut temui haiwan ternakan dipotong kepada tiga bahagian

- Oleh Abnor Hamizam Abd Manap am@hmetro.com.my

‘ Siasatan polis mendapati dua ekor lembu itu dipercayai ditembak dengan senapang angin”

Hoo

Sengaja menembak dua ekor lembu sebelum haiwan ternakan itu dipotong kepada tiga bahagian dan ditinggalk­an di kawasan ladang kelapa sawit.

Ketua Polis Daerah Jempol Superinten­dan Hoo Chang Hook berkata, kejadian disedari mangsa yang juga seorang peneroka sebaik dia pergi ke kandang lembu miliknya di Ladang Felda Palong 21 di sini pada jam 8.30 pagi, Ahad lalu.

Katanya, lelaki itu terkejut apabila mendapati dua lembu miliknya dipotong kepada tiga bahagian dan isi perut haiwan ternakan itu dikeluarka­n sebelum sebahagian daging dilapah.

“Kandangnya terletak kira-kira tiga kilometer dari jalan besar. Siasatan mendapati dua ekor lembu itu dipercayai ditembak dengan senapang angin berikutan terdapat terdapat kesan lubang pada rusuk kiri kedua-dua lembu itu.

“Pemeriksaa­n lanjut turut mendapati seekor lembu milik mangsa turut hilang dari kandang,” katanya.

Menurutnya, mangsa memaklumka­n ada membuat rondaan pada sebelah malam bagi memantau kes kecurian lembu.

“Mangsa kemudian membuat laporan polis di Balai Polis Ladang Gaddes pada jam 1.53 tengah hari semalam dan kes disiasat mengikut Seksyen 379 Kanun Keseksaan.

“Polis mengesan suspek terbabit dan orang ramai yang mempunyai maklumat lanjut kejadian boleh menghubung­i pegawai penyiasat Sarjan Masliza Saiman di talian 0194785201,” katanya.

Sebelum ini tular di media sosial gambar lembu yang dipotong kepada beberapa bahagian dipercayai dilakukan oleh pencuri lembu.

 ??  ?? LEMBU milik seorang peneroka ditembak sebelum dipotong dan dilapah di Ladang Felda Palong.
LEMBU milik seorang peneroka ditembak sebelum dipotong dan dilapah di Ladang Felda Palong.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia