Harian Metro

Pegawai kanan ATM didenda RM70k

-

Kuala Lumpur: Mahkamah Sesyen di sini, semalam menjatuhka­n hukuman denda RM70,000 atau sembilan bulan penjara terhadap seorang pegawai kanan Angkatan Tentera Malaysia (ATM) kerana menerima wang dan perkhidmat­an berjumlah RM60,000 tanpa balasan pada Jun tahun lalu.

Hakim Suzana Hussin menjatuhka­n hukuman itu terhadap bekas Ketua Pengarah Bahagian Staf Perisikan, Leftenan Jeneral (B) Datuk Sheikh Mokhsin Sheikh Hassan, 60, selepas dia mengaku bersalah.

Mengikut pertuduhan pertama, mahkamah menjatuhka­n hukuman denda RM55,000 atau enam bulan penjara sekiranya gagal membayar denda manakala denda RM15,000 atau tiga bulan penjara bagi pertuduhan pilihan jika gagal membayar denda.

Mahkamah turut memerintah­kan wang yang disita berkenaan kes ini dilucut hak kepada kerajaan mengikut Seksyen 40 Akta Suruhanjay­a Pencegahan Rasuah

Malaysia (SPRM). Tertuduh membayar denda itu.

Bagi pertuduhan pertama dan kedua, Sheikh Mokhsin sebagai seorang penjawat awam dan Ketua Pengarah Perisikan Pertahanan, Bahagian Staf Perisikan Pertahanan di Kementeria­n Pertahanan didakwa menerima perkhidmat­an RM10,000 dan wang tunai berjumlah RM50,000 untuk dirinya.

Perkhidmat­an dan wang itu diberikan pengarah syarikat pembekalan peralatan dan perisian ketenteraa­n, Syed Omar Syed Mohamad, 58, tanpa balasan yang mana tertuduh mengetahui Syed Omar mempunyai hubungan dengan kerja rasminya.

Kesalahan terbabit didakwa dilakukan di sebuah bilik hotel di Langkawi, Kedah dan di pejabatnya di Kementeria­n Pertahanan, Jalan Padang Tembak di sini, antara 21 hingga 26 Jun 2020 mengikut Seksyen 165 Kanun Keseksaan yang membawa hukuman penjara maksimum dua tahun atau denda atau kedua-duanya.

Mahkamah turut memerintah­kan wang disita berkenaan kes dilucut hak kepada kerajaan

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia