Harian Metro

Nafi cederakan bapa guna parang

-

Kuala Terengganu: Seorang lelaki mengaku tidak bersalah di Mahkamah Sesyen Kuala Terengganu, semalam atas tuduhan mencederak­an tangan kanan dan kaki kiri bapanya menggunaka­n parang.

Tertuduh, Mohd Firdaus Che Lah, 33, membuat pengakuan itu selepas pertuduhan dibacakan di hadapan Hakim Nooriah Osman.

Mengikut pertuduhan, tertuduh didakwa dengan sengaja menyebabka­n cedera ke atas mangsa, Che Lah Awang, 78, dengan menggunaka­n sebilah parang di sebuah rumah di Marang, pada jam 9 pagi, 1 Mei lalu.

Tertuduh yang didakwa mengikut Seksyen 324 Kanun Keseksaan (KK) boleh dihukum mengikut Seksyen 326A KK yang memperuntu­kkan hukuman penjara sehingga 20 tahun atau denda atau sebatan atau mana-mana dua daripada hukuman itu jika sabit kesalahan.

Pendakwaan dikendalik­an Timbalan Pendakwa Raya, Wan Amira Ruzaini Wan Abdul Razak manakala tertuduh tidak diwakili peguam.

Sejurus pengakuan tidak

bersalah tertuduh direkodkan, Nooriah menetapkan 2 Jun depan sebagai tarikh sebutan semula kes dan membenarka­n tertuduh diikat jamin RM10,000 dengan seorang penjamin.

Tertuduh turut dikenakan syarat tambahan iaitu perlu melaporkan diri di balai polis berhampira­n setiap bulan dan tidak boleh mengganggu mangsa serta saksi pendakwaan sepanjang prosiding berkenaan.

Dalam kejadian itu, mangsa mengejutka­n tertuduh yang sedang tidur di ruang tamu sambil memberi nasihat kepadanya supaya tidak terbabit dalam penyalahgu­naan dadah.

Tertuduh yang terjaga kemudian mengambil parang lalu melibas senjata itu ke arah mangsa menyebabka­n warga emas itu cedera di tangan kanan dan kaki kiri.

 ??  ?? MOHD Firdaus dibawa ke Mahkamah Sesyen Kuala Terengganu atas tuduhan mencederak­an tangan kanan dan kaki kiri bapanya menggunaka­n parang.
MOHD Firdaus dibawa ke Mahkamah Sesyen Kuala Terengganu atas tuduhan mencederak­an tangan kanan dan kaki kiri bapanya menggunaka­n parang.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia